Annuar Musa: “Mungkin Selepas Ini Tiada Lagi Kelantan Di Liga Malaysia”

Adakah Kelantan bakal membawa diri dari saingan Liga Malaysia?

Jika ya, ia mungkin satu kehilangan buat liga tempatan kita.

Dalam tulisan terbaharu di laman Facebook beliau, Tan Sri Annuar Musa memberikan bayangan yang pasukan Kelantan yang mungkin tiada lagi di Liga Malaysia pada masa akan datang.

Hal ini kerana beliau terus merasakan yang Liga Malaysia kini hanya untuk pasukan yang kaya sahaja.

Walaupun dalam keadaan sukar, beliau tetap gembira melihat pasukan Kelantan yang kini beraksi baik dalam saingan liga.

Kegembiraan bila melihat Kelantan sentiasa istimewa walaupun dalam susah.”

“Sedih bila tengok kita miskin tak cukup duit dan semua orang biarkan kita terkapai-kapai.”

Kelantan player celebrate goal during Malaysia Super League between Pulau Pinang vs Kelantan on 15 April 2017 at Stadium Batu Kawan Pulau Pinang. Photo by Mohd Zureehan Zakaria/www.asiana.my

Beliau juga menyatakan rasa sedih apabila terdapat pemain yang cuba dilarikan menerusi perjanjian pintu belakang oleh pasukan lawan.

Lebih sedih bila mengetahui ramai pemain cuba dilarikan oleh pihak lawan.”

“Sepatutnya ada pemain yang didalam kontraknya tak boleh ditawar oleh mana-mana pasukan namun ada juga pemain yang tetap dipancing menerusi pintu belakang.”

Beliau juga memberikan bayangan jika situasi ini kekal berterusan, Kelantan mungkin tiada lagi di Liga Malaysia.

“Kelantan mungkin tidak lagi wujud dalam Liga Malaysia tak lama lagi.”

“Dibawah peraturan dan cara sekarang pasukan miskin tiada lagi tempat di Liga Super.”

Beliau juga mendoakan agar keberkatan diberikan bagi mereka yang berjuang atas nama Kelantan.

Saya doakan yang terbaik jika masih ada peluang untuk pasukan negeri ini beraksi atas nama negerinya.”

Baca juga: Raja Ahmad Zainuddin: “FAM Harus Tingkatkan Prestasi Pemain Muda Dan Liga Malaysia”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN