Kelantan Tak Mahu Tersilap Pilih Jurulatih Lagi Untuk Musim 2019

Bibi

Pasukan Kelantan yang menghadapi musim sukar pada tahun 2018 memasang azam untuk tidak lagi melakukan kesilapan yang sama pada tahun hadapan.

Selepas tergelincir ke Liga Premier untuk musim 2019 dan jurulatih sering berganti, mereka tidak mahu lagi melakukan kesilapan dalam urusan memilih orang untuk mengisi jawatan tersebut.

Menurut laman Sinar Harian, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) iaitu Bibi Ramjani mengatakan mereka akan lebih teliti dalam hal memilih jurulatih selepas tidak berjaya pada 2018.

Beliau menekankan hal rekod dan juga lesen yang ada pada jurulatih itu sebelum mengambil seseorang itu untuk mengetuai pasukan Kelantan.

“Sebelum melantik mana-mana jurulatih, kami akan lihat kepada rekod, lesen serta perkara-perkara berkaitan sebelum melantik sesiapa pun.”

“Kami tidak mahu ulangi kesilapan yang sama sebelum ini.”

Buat masa ini, kekosongan jawatan jurulatih itu diisi oleh Jorg Peter Steinebrunner yang merupakan Pengarah Teknikal KAFA.

Beliau akan dibantu oleh Kamarudiin Muhammad sebagai pembantu dirinya.

Musim lalu menyaksikan 2 jurulatih luar disingkirkan oleh Kelantan selepas gagal memberikan keputusan yang dimahukan.

Sathit Bensoh dan juga Fajr Ibrahim merupakan 2 jurulatih yang disingkirkan Kelantan pada musim 2018.

Kelantan kini yang masih lagi belum siap sepenuhnya dari segi persediaan menjelang musim baharu mengharapkan kepulangan segera ke Liga Super dengan menjadi pasukan 2 terbaik Liga Premier pada musim hadapan.

Mereka bakal mengadakan perlawanan persahabatan menentang Terengganu pada 5 Februari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN