Kelantan Sudah Jumpa Pengganti Marko Simic?

Setelah gagal mendapatkan khidmat bekas pemain import Negeri Sembilan dan Melaka United, Marko Simic, skuad The Red Warriors kini berubah angin kepada pemain import dari Brazil.

Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata kepada Sinar Harian, pemain import itu sememangnya sudah disenarai awal oleh KAFA sekiranya pemain yang dikehendaki pasukan itu gagal dibawa masuk.

Menurutnya, KAFA sudah menyenaraikan dua calon di posisi penyerang yang mempunyai rekod baik bersama pasukan masing-masing sebelum ini.

“Sebelum ini, kami tawarkan kontrak kepada Simic kerana dia sudah biasa dengan pemain tempatan,” katanya.

Bibi bagaimanapun enggan mendedahkan identiti penyerang kelahiran Brazil itu yang pernah mewakili salah sebuah kelab di Indonesia dan dijangka tiba di Kota Bharu, selewat-lewatnya 1 Januari ini.

“Pemain ini orang Brazil… nama saya tidak boleh beritahu lagi. Dia sudah menyatakan persetujuan awal untuk bersama Kelantan musim depan.

“Kami sudah buat rundingan awal dan meminta dia datang ke Kota Bharu sebelum 2 Januari ini,” katanya.

Marko Simic (Kuning) menolak tawaran untuk menyertai Kelantan kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan gaji yang ditawarkan oleh KAFA. NSTP/IQMAL HAQIM ROSMAN

Menurut Bibi, KAFA sebenarnya sudah ‘standby’ calon pemain import lain jika gagal menandatangani Marko Simic.

“Memang kita ada perancangan lain selepas gagal mendapatkan khidmat Simic. Kita ada dua pemain tetapi pilihan utama kita adalah pemain Brazil itu.

“Pengganti Simic ini tidak kurang hebatnya. Dari segi rekod (jaringan) pun dia mengatasi Simic dan kita menaruh harapan agar dia dapat menyertai Kelantan, nanti,” katanya kepada pemberita.

Akhbar tempatan, Sinar Harian melaporkan penyerang kelab Persija Jakarta dalam Liga 1, Bruno Lopes yang meledak 10 gol dalam 29 penampilan bersama pasukannya dikhabarkan akan menyertai sebuah pasukan liga super dari pantai timur.

Sementara itu, mengulas kegagalan membawa Simic ke Kota Bharu, Bibi Ramjani berkata, kegagalan mencapai persetujuan menyebabkan rundingan bersama penyerang import Croatia itu berakhir tanpa memihak pihaknya.

“Memang kita hendak ikat Simic kerana dia bukan sahaja menjaringkan banyak gol bersama Melaka United dan sudah biasa dengan suasana Liga-M tetapi apa boleh buat, rundingan itu berakhir dengan sangat mengecewakan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau menjelaskan, Kafa sudah melepaskan Abou Bakr Al-Mel dengan pemain Lubnan itu memperoleh Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) bagi membolehkannya mewakili pasukan lain.

“Bako (Abou Bakr) sudah pulang dan bermain dengan kelab di negaranya. Tentang tuntutan gajinya, kita ambil pendekatan tunggu dan lihat daripada pihak dia kerana keputusan (gugurkan) ini kita terpaksa buat untuk membantu mengubah pasukan,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN