Kelantan ‘Sambar’ Carli de Murga & Penyerang Kebangsaan Australia Musim 2023

Kelantan nampaknya begitu serius mahu memberi cabaran besar musim ini dalam saingan Liga Super, selepas mereka dilihat telah membuat rombakan besar sejak penghujung musim lalu.

Antara pembaharuan yang dibuat mereka untuk memberi cabaran dalam saingan Liga Super musim ini, termasuklah dengan melantik pengendali baharu iaitu Choi Moon-sik dari Korea Selatan.

Tampil selaku naib juara musim lalu, pastinya pasukan ini mempunyai misi yang lebih besar untuk memberi persaingan bersama kelab lain serta menambah segala kekuatan di segenap posisi.

Menerusi kategori tonggak import pula, Kelantan secara rasminya kini sudah pun memenuhi tujuh orang pemain daripada sembilan yang dibenarkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tahun ini.

Walaupun begitu, pemilik Kelantan iaitu Norizam Bin Tukiman (Zamsaham) mengesahkan Kelantan bakal menambah tiga lagi pemain baharu musim ini.

Tiga pemain yang diumumkan semalam menerusi media sosial rasmi Zamsaham ialah bekas pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) musim lalu iaitu Carli de Murga dari Filipina.

Sesuatu yang menarik mengenai Carli ialah beliau bukan berstatus pinjaman daripada JDT, tetapi mereka berjaya mendapatkannya terus untuk musim ini sebagai pemain rasmi.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Zamsaham selepas ada beberapa soalan tentang status Carli yang ditanya oleh para peminat di ruangan komen Facebook beliau.

Selain itu, Kelantan juga bakal diperkuatkan dengan bekas pemain kebangsaan Australia yang beraksi di posisi penyerang. Namun, Zamsaham belum mengumumkan siapa identiti tonggak tersebut.

Akhir sekali, mereka juga turut mendapatkan seorang lagi penyerang kelahiran Nigeria iaitu Ismahil Akinade untuk terus mempertajamkan posisi tersebut musim ini.

Untuk rekod, setakat ini Kelantan hanya mengekalkan dua sahaja pemain import mereka pada musim lalu iaitu Kerverns Belfort dari Haiti bersama bintang muda Indonesia, Natanael Siringoringo.

Lebih menarik, Siringoringo sejak pertengahan musim lalu telah dipinjamkan kepada Dewa United yang beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia, serta menjadi antara tonggak utama di sana.

Mengenai status Belford pula, ianya masih lagi menjadi persoalan penyokong mengenai status beliau bersama Kelantan, namun dikhabarkan penyerang tersebut masih lagi dihantui isu kecederaan untuk didaftarkan.

Lima import baharu yang ditandatangani Kelantan sebelum itu pula ialah Kim Ming-kyu, Kang Eui-chan, Christian Mangaron Rontini, Mario Arques, Miguel Angel Garrido Cifuentes, serta Nuha Marong Krubally.

Untuk slot pemain tempatan, beberapa tonggak utama musim lalu masih lagi dikekalkan seperti khairul Helmi Johari, Mohd Fazrul Amir, dan peledak utama mereka iaitu Nurshamil Abdul Ghani.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN