Kelantan Red Warrior Mahu Bina Generasi ‘Emas’ Baharu

Sebut sahaja bola sepak Kelantan, rata-rata peminat bola sepak tempatan sudah tentu mengingati era kegemilangan mereka suatu ketika di persada bola sepak Malaysia menerusi siri kejayaan telah dikecapi.

Namun, bola sepak di negeri itu juga tidak lari daripada kisah hitam mereka yang menyaksikan nama Kelantan hampir pupus di arena sukan negara atas pelbagai isu.

Sehingga, suatu inisiatif baharu dilakukan apabila Kelantan Red Warrior kembali ‘dihidupkan’ untuk mengharungi saingan domestik tidak lama lagi sekali gus, memberi harapan buat peminat.

Penubuhan Kelantan Red Warrior kali ini merupakan permulaan sebuah era baharu di negeri tersebut dengan beberapa objektif serta matlamat dikongsikan menerusi laman itu di Facebook.

“Penubuhan KRW FC bukanlah keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa. Ianya satu proses yang penuh dengan cabaran, perbincangan dan keputusan yang diambil dengan hati yang inginkan perubahan.

“Sejak Gerakan Selamatkan Kelantan (GSK) diwujudkan, semuanya berjalan dengan satu matlamat yang jelas : mengembalikan maruah bola sepak Kelantan dan menyemarakkan semangat Red Warrior dengan bergerak satu langkah pada satu masa,” ujar laman itu.

Selain itu, Kelantan Red Warrior juga dilaporkan bakal bersaing di pentas A1 Semi-Pro terlebih dahulu kerana ia wadah terbaik buat mereka untuk berkembang serta menguji segala kemampuan dimiliki.

Paling menarik, sudah tentu kepada objektif mereka untuk melahirkan bakat-bakat baharu tempatan yang berkualiti selaku nadi utama kelab selain import sebagai penambah rencah pasukan.

“Malaysia adalah tanah yang subur dengan bakat-bakat bola sepak. Pemain tempatan akan menjadi nadi utama KRW FC dan bintang import akan menambah kerancakan permainan.

“Generasi emas Kelantan mungkin sudah berlalu, tetapi kami di KRW FC berazam untuk mencipta GENERASI EMAS yang baru.

“Kami akan memberi peluang kepada pemain muda untuk tampil, berlatih, dan berkembang bersama-sama.

“Bermula pada tahun 2025, inilah masa untuk mereka membuktikan bahawa bola sepak Kelantan masih hidup dan akan berbisa satu hari nanti!” kata laman itu lagi.

Selain mencipta generasi emas baharu, pasukan tersebut tetap memerlukan pemain berpengalaman untuk memberi persaingan sengit sesama mereka dalam pasukan pada musim hadapan.

Malah, pasukan itu juga dilaporkan giat memilih pemain serta kejurulatihan yang bersesuaian kini untuk dibentuk sebaik mungkin bagi menghadapi saingan Semi-Pro musim hadapan.

“Ini adalah perjalanan yang panjang. Tetapi kami tidak akan berjalan sendirian. Kami perlukan anda semua di sisi kami iaitu penyokong, peminat, rakyat Kelantan yang sentiasa menyokong dan percaya pada kebangkitan semula bolasepak negeri ini,” jelas laman tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN