Kelantan Ambil Langkah Proaktif Atasi Hutang Lapuk

Pasukan Liga Premier, Kelantan kini telah merancang untuk menubuhkan satu pasukan khas bagi mengatasi isu hutang lapuk yang membelenggu mereka selama ini.

Menurut laporan Sinar Harian, mereka kini begitu komited dalam usaha untuk menyelesaikan isu kewangan pasukan yang turut melibatkan tunggakan gaji para pemain.

Kredit Foto: Kelantan FA

“Kelanta FA sentiasa berusaha dalam mencari jalan penyelesaian terbaik dalam mengatasi perkara ini secara berperingkat. Pengalaman lalu banyak mengajar kami mengenai isu ini,” jelas Setiausaha Agung KAFA – Husin Deraman.

Husin juga menanggap isu tunggakan gaji ini ibarat barah bagi pasukan Kelantan, justeru mereka mahu mengatasinya supaya musim 2020 dapat dimulakan dengan sempurna.

“KAFA sentiasa mencari jalan untuk selesaikan isu ini bagi pastikan musim baharu dapat dijalani dengan baik.”

Kelantan kini sedang berhubung dengan pihak FIFA aduan mengenai laporan tunggakan gaji yang telah dilakukan oleh bekas pemain import mereka sebelum ini.

Sebelum ini mereka telah dipotong tiga mata selepas gagal menyelesaikan tunggakan gaji mantan pengarah teknikal mereka – Alfredo Gonzalez.

Leave a Reply