Kelantan Masih Berpeluang Kekal Di Liga Super, Yusri Che Lah Tetap Optimis

Walaupun peluang agak tipis, Kelantan sebenarnya masih berpeluang untuk menyelamatkan diri daripada tersingkir ke saingan 100PLUS Liga Premier untuk musim hadapan.

Berbaki empat perlawanan, Kelantan perlu mengumpul 8 lagi mata untuk mencapai mata selamat daripada penyingkiran iaitu 22 mata. Rujuk artikel ini untuk penjelasan.

Untuk mencapainya, Kelantan tidak boleh kalah dan perlu menang sekurang-kurangnya 3 daripada baki perlawanan dengan masih ada dua perlawanan akan berlangsung di laman sendiri.

Walaupun sebilangan penyokong bersikap skeptis dan ada antaranya mengungkapkan ‘Ayuh ke Liga Perdana Bossku’, ia jelas tidak menjejaskan rentak pemain Rabu lalu.

Bersaksikan 385 penyokong di Stadium Sultan Muhammad IV, TRW merekodkan satu keputusan yang baik dan penting iaitu menewaskan Selangor dengan keputusan 2-1.

FOTO: Syamsi Suhaimi

Pemangku ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah yang ditemui media sejurus tamat perlawanan menyatakan para pemain perlu kekalkan momentum yang ada ketika ini.

“Saya harap pemain tidak dibuai kemenangan ini, ia hanya bersifat sementara kerana kerja kita belum selesai.

“Kita perlu berdepan satu lagi cabaran sengit bertemu Melaka United di gelanggang sendiri, Sabtu ini,” ujarnya kepada Sinar Harian selepas perlawanan menentang Selangor.

Misi Yusri untuk meraih mata maksimum di gelanggang sendiri dalam baki perlawanan berjalan dengan baik dalam perlawanan menentang The Red Giants Rabu lalu.

Dua lagi perlawanan di gelanggang sendiri adalah berdepan Melaka United (Sabtu) dan Pahang pada 28 Julai depan dan ia perlu disudahkan dengan kemenangan.

Untuk perlawanan di laman lawan iaitu berdepan JDT (17 Julai) dan Terengganu FC (20 Julai), Kelantan perlu sekurang-kurangnya mencuri satu mata dalam kedua-dua perlawanan.

Disamping itu, Yusri dilihat turut mengaitkan perjuangan mereka dengan kejohanan Piala Dunia yang sedang berlangsung ketika ini. Ada perkara penting yang boleh dipelajari.

“Sudah semestinya saya perlu melakukan sesuatu. Kempen Piala Dunia ketika ini mengajar kita tentang bola sepak bahawa pasukan kuat belum tentu dapat mencapai kemenangan.

“Ini menjadi tonik kepada saya untuk merangka persiapan lebih baik walaupun saya sedar kadang kala pasukan tidak bermain baik tetapi lebih penting kita keluar sebagai pemenang,” ujarnya lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN