Kelantan Mahu Uji Sentuhan Odili Felix Ketika Aksi Pemanas Badan Menentang Kedah

Odili Felix Neroca FC Kelantan FA 2020

Ketika dikhabarkan bakal menggunakan penyerang tempatan sebagai penggempur utama, Kelantan secara tiba-tiba menguji bekas penyerang sebuah kelab yang bersaing di I-League, India, Neroca FC iaitu Odili Felix bermula pada aksi persahabatan.

Aksi menentang Kedah pada 4 Januari depan bakal menjadi medan ujian buat Odili Felix mempamerkan taringnya selepas membantu Neroca FC meraih kedudukan ke-6 liga serta menjadi penjaring ketiga terbanyak di I-League dengan lapan gol dalam 20 aksi.

Selain itu, penyerang berusia 29 tahun itu turut pernah dinobat selaku penjaring terbanyak di divisyen dua, I-League dua musim berturut-turut iaitu pada musim 2015/16 dan 2016/17.

Menurut laman Facebook Kelantan FA, Odili Felix yang berasal daripada Nigeria itu diharapkan mampu mempamerkan sentuhan jaringan bagi membantu Kelantan di Liga Premier musim depan.

Selain itu, pengendali, Yusri Che Lah juga dijangka akan menguji dua lagi pemain import iaitu pemain tengah, Bektur Talgat Uulu dan seorang lagi penyerang, Ghanefo Ansumana Agogo Kromah.

Sebelum ini, Kelantan menerusi Yusri Che Lah menyatakan bakal mempertaruhkan penyerang tempatan berstatus bintang sebagai strategi baharu selepas majoriti pemain import mereka gagal memberikan prestasi terbaik apabila TRW merekrut mereka.

Musim lalu, Kelantan menggunakan khidmat Raul Tarragona dan Mustafa Zazai namun kedua-duanya gagal memberikan impak kepada pasukan seterusnya menyebabkan mereka terjerumus hampir ke dasar Liga Premier, satu mata di depan Sarawak.

Sementara itu, Yusri Che Lah turut dipetik berkata beliau tidak terlalu fokus dengan jentera serangan ketika ini dengan lebih mahu melihat prestasi pertahanan dan tahap kecergasan pemain selain kawalan bola bagi membolehkan para pemain selesa.

“Saya mahu pemain berada dalam keadaan selesa terlebih dahulu sebelum diberikan ‘home work’ lebih selepas ini terutama dalam aspek serangan,” ujarnya sambil mahu terus melihat kebangkitan pemainnya selepas berjaya mengikat Terengganu FC baru-baru ini.

Dalam aksi pemanas badan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada 27 Disember lalu, Kelantan dan Terengganu FC terikat 3-3 dengan TRW mempertaruhkan dua pemain import yang sedang diuji iaitu Bektur Talgat Uulu dan Ghanefo Ansumana.

Kredit Foto: Neroca FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN