Kelantan FA Pecat Sathit Bensoh, Nilai 3 Calon Jurulatih Baharu

Sathit Bensoh menjadi mangsa pemecatan pertama oleh pasukan Liga Malaysia pada musim ini.

Pengendali berusia 42 tahun itu dilepaskan dari jawatan Ketua Jurulatih oleh pengurusan The Red Warriors (TRW) selepas prestasi hambar Kelantan di dalam tiga perlawanan pertama Liga Super Malaysia musim ini.

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak kelantan (KAFA), Bini Ramjani Ilias Khan berkata, keputusan melepaskan Sathit Bensoh diambol selepas mengadakan perbincangan bersama barisan panel penilai pasukan.

Untuk itu, Presiden KAFA tersebut turut mengesahkan KAFA akan mencari pengganti di kalangan calon yang berkelayakkan untuk mengisi jawatan tersebut.

Ketika dihubungi oleh wartawan Berita Harian, Bibi Ramjani dipetik sebagai berkata:

“Sebelum ini kita menetapkan empat perlawanan untuk menilai kemampuan Sathit tetapi terpaksa membuat keputusan segera dengan menamatkan perkhidmatannya kerana pasukan sudah pun menghadapi dua pasukan besar dalam tiga perlawanan sebelum ini.”

“Kita tidak mahu terus tercicir mata dalam perlawanan seterusnya dan membuat keputusan drastik mencari pengganti yang lebih baik bagi membimbing pasukan.”

Sumber: KAFA, Facebook

Sehubungan dengan itu, skuad Liga Super Kelantan FA akan dibimbing oleh Penolong Jurulatih, Yusri Che Lah, sehingga proses membawa jurulatih baharu selesai.

KAFA dilaporkan sedang menilai prestasi tiga jurulatih baharu untuk membimbing Kelantan pada musim ini.

Mengulas lanjut mengenai kemungkinan bekas pengendali, Velizar Popov akan kembali mengendalikan TRW, ini jawapan Bibi:

“Saya tidak tahu menahu siapa yang menghubungi Popov kerana dia memang dari awal tiada dalam perancangan kita.”

“Kita tidak mahu Popov kerana dia terlalu sensasi. Kita mahu seorang jurulatih yang mampu membawa pasukan ini tanpa terpalit dengan sebarang kontroversi.”

“Selain itu, kita juga meneliti seseorang pengendali yang boleh menerima dan serasi dengan cepat bersama pasukan memandangkan perlawanan sudah bermula.

“Lagipun, KAFA mahu berjimat cermat dalam memilih jurulatih yang biar kena dengan kewangan yang kita ada sekarang itu,” katanya.

Sebelum ini akaun media sosial milik jurulatih itu mengesahkan beliau telah dihubungi oleh wakil KAFA untuk jawatan tersebut.

Perlawanan seterusnya untuk Kelantan FA di saingan Liga Super Malaysia 2018, ialah dengan menanti kunjungan Perak TBG di Kota Bharu pada 24 Februari hadapan.

Selepas tamat tiga perlawanan pertama, Kelantan berada di kedudukan terbawah unifi Liga Super Malaysia 2018, selepas hanya mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Terengganu FC pada 6 Februari lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN