Kelantan DN ‘Culas’ Bayar Gaji Pemain Hampir 4 Bulan?

Kelantan Darul Naim (KDN) tampil sekali lagi dengan pendedahan tidak enak yang berlaku dalam pasukan mereka, apabila laporan terbaharu menyatakan mereka tidak membayar gaji kepada para pemain.

Menerusi sumber kami terima, segala permasalahan bermula sejak bulan Ogos lalu apabila ada pemain yang dipotong gaji tanpa sebarang sebab daripada pihak pengurusan.

Lebih membingungkan, sejak bulan September sehingga November para pemain dilaporkan tidak menerima sebarang gaji lagi dan tunggakan tersebut mungkin berlanjutan sehingga kini.

“Setakat ini, gaji pemain dipotong bermula pada bulan Ogos sebelum mereka tidak merasainya lagi sejak September dan dijangka sehingga kini (Disember) juga.

“Apa yang mengecewakan lagi, KWSP dan Perkeso langsung tidak dicarum oleh pihak pengurusan kelab selain insurans pemain juga tidak ada,” ujar sumber tersebut kepada kami.

Pada masa sama, sumber tersebut turut mendedahkan para pemain import dari Korea Selatan juga sudah pun meninggalkan kelab itu kerana masalah gaji selain Visa turut tidak diselesaikan.

Menerusi laporan terdahulu, ada kakitangan sokongan kelab tersebut terpaksa menebalkan muka untuk meminjam wang demi menerusian kelangsungan hidup.

Walaupun tindakan tersebut dianggap sangat memalukan, mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana tidak mendapat pembayaran gaji daripada pasukan yang bertapak di Kelantan itu.

“Tujuh bulan kakitangan bekerja tanpa dibayar satu sen pun. Pendedahan ini dibuat selepas dah hilang sabar dengan sikap pihak pengurusan yang seolah-olah lepas tangan.

“Bagi mereka, mungkin satu rahmat apabila kakitangan sokongan masih lagi meneruskan kerja walaupun tidak dibayar, namun bagi saya, tindakan ini zalim.

“Pengurusan tidak sepatutnya lepas tangan. Kalau sebulan dua, boleh terima…ini tujuh bulan. Ingat kakitangan sokongan ini bekerja secara percuma?” ujar sumber tersebut menerusi perkongsian Sinar Harian sendiri.

Malah, ejen pemain iaitu Leo Jeong yang juga dari Korea Selatan di Instagram mendakwa pemain serta jurulatih berada bawah agensi beliau sudah pun tinggal di Malaysia secara haram sejak enam bulan lalu.

Selain itu, beliau juga mendakwa gaji pemain bawah agensi beliau sudah pun tertunggak sejak beberapa bulan lalu dan mereka tidak dapat menaiki penerbangan atas isu visa.

“Jurulatih dan pemain bawah saya sudah pun tinggal di sini (Malaysia) sejak enam bulan dengan cara tidak sah. Mereka tidak boleh pergi ke mana-mana dengan menaiki penerbangan. Adakah ini masuk akal?

“Hari ini, jurulatih dan pemain dari Korea bersama pemain Myanmar tidak dapat mengikuti pasukan menaiki penerbangan kerana mereka dianggap bukan warga yang sah.

“Pasukan tidak memberi visa sejak enam bulan lalu dan tidak dapat pergi ke mana-mana. Mereka juga tidak mengambil kisah tentang tunggakan gaji enam bulan lalu selain rumah dan kereta pemain tidak dibayar.

“Pasukan tersebut juga menggunakan wang saya serta tidak memberinya kembali. Adakah ini masuk akal?

“Pasukan tidak membayar rumah pemain dan pemain sendiri terpaksa membayar sendiri. Ada juga pemain yang telah dihalau daripada kediaman.

“Pemain Korea telah menjadi mangsa diskriminasi perkauman dan kelab tersebut telah memperolok-olokkan pemain Korea. Persatuan Bola Sepak Malaysia diminta agar siasatan dijalankan,” ujar beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN