Kelantan Dikehendaki Membayar Tunggakan Gaji Berjumlah RM173,000 Kepada Bekas Pemain

Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam mesyuarat kali ke-11 pada 23 Mei lepas telah mencapai keputusan mereka terhadap 33 kes berkenaan tunggakan gaji yang melibatkan pemain dan pegawai pasukan Liga Malaysia.

Antara pasukan yang terlibat ialah pasukan Kelantan dan mereka dikehendaki membayar tunggakan gaji kepada tiga bekas pemainnya yang berjumlah RM173,000.

Menurut pengerusi jawatankuasa status FAM, Mohd Joehari Ayub, Persatuan Bolasepak Kelantan perlu membayar RM33,000 kepada Daudsu Jamaluddin, Norhafiz Zamani Misbah (RM87,500) dan Zairul Fitree Ishak (RM52,500) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

Selain itu, FAM turut mengarahkan kelab Terengganu City FC melangsaikan tunggakan gaji yang berjumlah lebih RM400,000 kepada 21 pemain mereka dalam tempoh 30 hari seperti yang ditetapkan.

Malah, FELDA United turut dikehendaki membayar tunggakan baki pembayaran “signing fees” dan tunggakan elaun perumahan kepada ketua jurulatih Selangor, B. Satiananthan berjumlah RM565,960.

Marcerra United dan Pulau Pinang turut diarahkan membayar tunggakan gaji mereka berjumlah lebih RM50,000 kepada pemain mereka.

Tuntutan yang dikemukakan oleh 3 pemain terhadap Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) berhubung pertikaian berkaitan pekerjaan iaitu membabitkan kestabilan kontrak turut diterima oleh FAM.

SAFA dikehendaki membayar pampasan kontrak dan tiket penerbangan berjumlah sebanyak USD 86,461 kepada tiga pemain import mereka iaitu Frederico Bello Saraiva, Paulo Henrique Santos De Azevedo dan Leonardo Moreira De Carvalho.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN