Kelantan Bakal Uji 2 Pemain Import Brazil Dari Kelab Indonesia

Skuad The Red Warriors dikatakan bakal menguji dua pemain import dari Brazil dalam usaha memantapkan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan.

Dua awang import yang pernah beraksi dalam saingan Liga Utama Indonesia musim lalu di posisi serangan dan pertahanan itu sudah tiba di Kota Bharu.

Menurut akhbar tempatan, Sinar Harian, Setiausaha Agung Kafa, Husin Deraman mengesahkan pemain berkenaan adalah Cassio Francisco de Jesus dan Thiago Furtuoso Dos Santos selain penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Shafiq Shaharuddin.

Katanya, kesemua pemain berkenaan akan diuji terlebih dahulu sebelum badan induk itu membuat keputusan untuk menandatangani khidmat mereka.

“Dua pemain asing itu tiba hari ini manakala seorang lagi pemain juga berasal dari Brazil akan sampai di Kota Bharu, esok.

“Mereka akan dinilai oleh panel pemilihan Kafa sama ada layak atau sebaliknya untuk menyarung jersi pasukan Kelantan,” katanya kepada Sinar Harian.

Thiago Furtuoso Dos Santos meledak 9 gol daripada 14 perlawanan liga Indonesia. 

Francisco, 28 tahun, berasal dari Sao Paulo beraksi bersama Semen Padang dan membuat 31 penampilan dan menjaringkan satu gol namun kelab yang berpangkalan di Sumatera Barat itu tersingkir ke Liga Dua Indonesia, musim depan.

Sementara itu, Furtuoso, 30 tahun, penyerang Madura United yang mencetak sembilan gol daripada 14 perlawanan berjaya membantu kelabnya meraih tempat kelima dalam ISL.

Husin memberitahu, setakat ini TRW hanya mengekalkan pemain musim lalu, Morgaro Gomis selain terbaharu mengikat bekas pemain import UiTM FC, Do Dong-Hyun.

Menurutnya, status Seydi L’Imam dan pemain antarabangsa Lubnan, Abou Bakr Al-Mel yang masih memiliki kontrak sehingga tahun depan akan dinilai semula pihaknya.

“Dengan kuota pemain import boleh dikatakan terbuka ketika ini, dua pemain ini perlu membuktikan kemampuan mereka jika mahu terus kekal bersama Kelantan,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN