Kelantan Bakal Tandatangani Marko Simic, Turut Dapatkan ‘Doktor Gigi’ Filipina

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan mengesahkan Kelantan bakal menandatangani Marko Simic yang bakal tiba di Kota Bharu pada hari Khamis ini.

Penyerang kelahiran Croatia yang pernah bermain untuk Negeri Sembilan dan Melaka United pada musim lepas ini bakal mengetuai jentera serangan Kelantan dalam saingan Liga Super 2018 akan datang.

Dipetik berkata kepada BERNAMA, Bibi Ramjani memberitahu, “Saya sudah berhubung dengan Simic yang sememangnya berminat untuk berjumpa dengan KAFA dan bersedia untuk menandatangani kontrak dengan Kelantan.”

“[Simic] sanggup berkompromi terhadap beberapa perkara kecil dalam kontrak yang kami tawarkan semata-mata untuk mewakili Kelantan,” tambah beliau lagi.

Simic yang menjaringkan 7 gol untuk Negeri Sembilan dalam aksi 100PLUS Liga Premier merupakan watak penting yang membantu kempen survival Melaka United dalam Liga Super pada musim lepas. Beliau menjaringkan 9 gol dalam 11 perlawanan Liga Super untuk Melaka United.

Penyerang yang berusia 29 tahun ini bakal digandingkan dengan penyerang Filipina yang mempunyai ijazah perubatan gigi, Misagh Bahadoran. Bahadoran dijangka akan tiba di Kota Bharu pada hari Jumaat ini untuk melengkapkan kuota import ASEAN skuad Kelantan pada musim depan.

Bahadoran merupakan bekas kapten pasukan Filipina, Global Cebu (Global FC) yang pernah bersaing dalam kejohanan AFC Cup pada tahun 2015 dan 2017.

Dengan pengesahan ketibaan 2 tenaga import ini, Kelantan sudah pun melengkapkan 5 kuota import mereka selepas mengikat bekas pemain tengah UiTM FC, Do Dong Hyun, bekas pertahanan tengah Semen Padang, Cassio de Jesus dan mengekalkan pemain tengah defensif, Margaro Gomis.

Skuad The Red Warriors kendalian Sathit Benshoh ini kini boleh fokus kepada persiapan pasukan menjelang musim depan bermula dengan perlawanan persahabatan menentang Terengganu II di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada hari Khamis ini.

Selepas itu, Kelantan akan bersaing dalam kejohana pra-musim Piala Sportfix Super Cup yang turut disertai oleh Persija Jakarta dan Ratchaburi FC di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 15 hingga 24 Januari 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN