‘Kelahiran Semula’ Safawi Rasid Raih Pujian Penuh Daripada Penyokong

Safawi Rasid sudah kembali! Itulah laungan yang diluahkan oleh para penyokong bola sepak Terengganu setelah melihat sendiri kualiti telah diberikan pemain tersebut pada beberapa aksi lalu.

Nama Safawi sebenarnya boleh dianggap cukup besar dalam dunia bola sepak sehingga beliau sendiri mengalami penurunan daripada segi prestasi untuk diketepikan seketika oleh Johor Darul Ta’zim (JDT).

Melihat kepada keadaan semasa Safawi, JDT mengambil tindakan tepat bagi mengembalikan semula prestasi pemain tersebut dengan meminjamkan beliau kepada Terengganu.

Bersama Terengganu, jelas nama Safawi menjadi pilihan utama dalam senarai kesebelasan bawah kendalian Tomislav Steinbruckner musim ini.

Menyedari kelebihan dimiliki oleh bintang Harimau Malaya itu, jelas ianya membuahkan hasil buat pengendali tersebut untuk memperkukuhkan lagi aspek kreativiti serta ketajaman Sang Penyu di jentera hadapan.

Musim ini sahaja Safawi secara rasminya telah pun meledak lima gol bersama satu bantuan jaringan daripada 10 penampilan bersama Sang Penyu di kejohanan domestik.

Jika anda semua masih ingat, kelebihan utama Safawi suatu ketika adalah daripada segi ketajaman beliau yang pakar mengambil sepakan bebas dari luar kotak penalti.

Kelebihan tersebut kembali menjadi pertaruhan utama musim ini buat Safawi yang sudah pun meledak dua gol menerusi situasi sepakan percuma.

Terbaharu pastinya sewaktu Safawi meledak gol menerusi situasi sepakan percuma ketika aksi membabitkan Terengganu menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak.

Selain meledak gol, pemain tonggak Malaysia ini juga menampilkan kualiti permainan cukup menyakinkan serta berjaya mengkucar kacirkan pertahanan lawan menerusi kelincahannya.

Aksi Safawi juga turut mendapat pujian penuh para penyokong Terengganu yang menyifatkan prestasi pemain tersebut kembali pada tahap sebenar untuk digeruni pasukan lawan.

“Kelebihan Safawi bola mati dekat kotak penalti. Pasnie selalu-selalu la jatuh area situ. Pakar freekick Pawi minat area situ,” ulas Kuli Sahaja di Facebook rasmi Terengganu.

Selain itu, beberapa komen lagi turut menyatakan Safawi seolah dilahirkan semula dalam dunia bola sepak untuk kembali mencuri tumpuan ramai menerusi kualiti serta impak di atas padang.

Selain Safawi, nama Akhyar Rashid juga antara meniti di bibir penyokong Sang Penyu ekoran prestasi dipamerkan beliau sangat bagus untuk pasukan kini.

Walaupun Safawi gagal membantu Terengganu untuk mara ke final Piala FA 2024/2025, secara peribadi prestasi beliau kini semakin memuncak dan sudah tentu dirinya akan menjadi andalan utama buat Harimau Malaya.

Pada pandangan anda, adakah Safawi akan terus menampilkan aksi berbisa pada perlawanan malam ini bertemu Kuala Lumpur City (KL City)?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN