Kelab Utama Denmark Bakal Uji Kekuatan Terengganu & Sabah

Odense BK

Kekuatan dua pasukan Liga Super, Sabah dan juga Terengganu bakal diuji oleh sebuah kelab Denmark dalam aksi persahabatan pra-musim.

Kelab yang dimaksudkan adalah Odense BK yang beraksi dalam saingan utama bola sepak Denmark.

Odense bakal mengharungi aksi perlawanan pra-musim mereka di Thailand dengan menentang tiga pasukan berbeza dengan dua daripadanya adalah daripada Malaysia.

Mereka berdepan dengan pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee dan Tomislav Steinbruckner yang dianggap sebagai cabaran yang baik kerana Odense akan bertemu dengan dua daripada tiga pasukan utama Liga Malaysa musim lalu.

Selain daripada Sabah dan Terengganu, mereka akan menentang sebuah pasukan Thailand itu Nakhom Pathum United.

Kesemua perlawanan ini akan diadakan bermula 3 Februari apabila Odense bertemu Sabah sebelum berdepan Nakhom ketika 7 Februari.

Aksi pra-musim akan berakhir dengan bertemu Terengganu pada 12 Februari.

Ini dilihat sebagai satu pendedahan yang baik buat Sabah dan Terengganu kerana mereka berdepan dengan kelab yang menamatkan saingan domestik Denmark ditangga kelima.

Menerusi laporan ini, dilihat Terengganu dan Sabah akan bermain dalam beberapa perlawanan pra-musim dengan menentang kelab-kelab Thailand yang lain dalam tempoh yang sama.

Namun tidak dipastikan sama kedua-dua pasukan ini akan bertemu sesama sendiri dalam aksi pra-musim di Thailand.

Terengganu menamatkan saingan Liga Super ditangga kedua dan menjadi finalis Piala FA sambil Sabah mengisi tangga ketiga pada musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN