Kelab Serie A Tamatkan Kontrak Selepas Pemain Kembali Dari Skuad Piala Asia Iraq

Peminat dan penyokong bola sepak di Itali melahirkan kekecewaan terhadap Atalanta, selepas kelab Serie A itu mengambil tindakan drastik menamatkan kontrak bintang Piala Asia Iraq, Ali Adnan.

Pemain pertahanan itu dikatakan mengambil langkah meninggalkan kelab beliau lebih awal untuk menyertai latihan kem Iraq, dan rata-rata penyokong menjangkakan pemain tersebut sekadar akan dikenakan denda sebagai hukuman. Penamatan kontrak secara serta merta adalah perkara terakhir yang mereka jangkakan.

AS Roma v Atalanta BC – Serie A Kadhim Ali Adnan of Atalanta and Cengiz Under of Roma at Olimpico Stadium in Rome, Italy on August 27, 2018 (Photo by Matteo Ciambelli/NurPhoto via Getty Images)
Situasi rumit

Adnan menyertai Atalanta secara pinjaman dari Udinese telah kembali menyertai sesi latihan Atalanta selepas tamat tugasan bersama Iraq di Piala Asia, menjelang perlawanan menentang Juventus.

Namun secara tiba-tiba nama beliau digugurkan tanpa sebarang penjelasan.


Penamatan kontrak itu juga menyukarkan Adnan untuk mencongak masa depan beliau kerana jendela perpindahan Januari yang telah ditutup, dan kelab asal beliau, Udinese telah menghantar senarai lengkap pendaftaran pemain kepada Persatuan Bola Sepak Itali.

Penyokong marah

Selepas mengetahui perkara yang berlaku, kemarahan penyokong sememangnya boleh difahami. Apatah lagi tindakan Atalanta yang menyebabkan karier Adnan tiada hala tuju kerana tidak boleh menyertai kelab lain.

Antara yang menjadi mangsa kecaman penyokong ialah barisan kejurulatihan Atalanta.

(Photo by Etsuo Hara/Getty Images)

Sebahagian daripada mereka berkata perkara ini tidak akan berlaku sekiranya Adnan adalah pemain dari Eropah atau Amerika Selatan.

Dalam situasi sebegini, Adnan mungkin boleh mempertimbangkan untuk berhijrah ke Major League Soccer (MLS) di Amerika Syarikat, atau pun Liga Super China yang memiliki tempoh jendela perpindahan yang lebih panjang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN