Demi Sebar Ideologi Bumi Rata, Kelab Sepanyol Ini Tukar Nama Kepada Flat Earth FC

Selalu kita dengar, jangan campur adukkan politik dengan sukan bukan?

Tetapi bagaimana pula kalau ideologi pula yang dicampur dengan sukan?

Ya benar, hal itulah yang terjadi di Sepanyol ketika ini!

Menurut laporan MARCA, sebuah pasukan di divisyen bawah Sepanyol telah mengambil langkah drastik lagi berani dengan mengubah nama mereka kepada sebuah ideologi atau pemahaman.

Mostoles Balompie yang merupakan pasukan yang beraksi di divisyen 4 Sepanyol telah mengambil keputusan untuk menukar nama mereka kepada Flat Earth FC.

Keputusan ini dibuat selepas presiden kelab tersebut iaitu Javi Poves memandang bola sepak sebagai sebuah medium terbaik untuk menyebarkan idea yang planet bumi ini sebenarnya berbentuk rata.

Kata Poves, Flat Earth FC dianggap sebagai sebuah kelab yang menyatukan para pengikut teori yang bumi ini berbentuk rata dan bukannya sfera.

“Bola sepak merupakan sukan yang paling popular dan mempunyai impak terbesar di seluruh dunia.”

“Jadi dengan mewujudkan sebuah kelab bola sepak yang didedikasikan kepada pergerakan bumi rata ini ialah cara terbaik untuk terus muncul di dalam media.”

Gambar pemain Flat Earth FC.

Menurut Poves, Flat Earth FC ini merupakan lambang penyatuan para pengikut teori bumi rata dan mereka yang sedang mencari-cari jawapan sebenar mengenai perkara itu.

Teori bumi rata ini mempunyai bilangan pengikutnya yang tersendiri dan di Malaysia turut tidak terlepas dari perkara ini.

Salah seorang pengikut teori bumi rata ini adalah bekas ahli kumpulan nasyid terkenal negara iaitu Inteam, Suhaimi Saad (Mosus).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN