Quantcast

BERITA

Kelab Premier League Rancang Mahu Tutup Jendela Perpindahan Sebelum Musim Bermula

Adakah satu lagi evolusi akan hadir dalam bola sepak?

Baru-baru ini, kesemua 20 kelab Premier League ingin mengemukakan cadangan untuk menutup jendela perpindahan lebih awal dari kelaziman.

Mereka mahu jendela perpindahan musim panas ditutup sebelum musim baharu bermula. Bermakna, sebelum perlawanan pertama bermula jendela perpindahan sudah pun tertutup.

Perkara ini akan dibawa ke mesyuarat antara para wakil Premier League pada 7 September ini.

Andai usul ini dipersetujui oleh majoriti 2/3 sidang, maka peraturan ini akan dilaksanakan seawal jendela perpindahan musim panas pada musim hadapan.

Ia memerlukan kata setuju sebanyak 14 buah kelab untuk membolehkan usul ini digunapakai pada musim akan datang.

Watford secara jelas mengakui tidak bersetuju dengan perkara ini tetapi kebanyakan kelab-kelab utama Premier League cukup bersetuju dengan usul yang dicadangkan ini.

Tujuan ia dilaksanakan adalah bagi mengatasi kekalutan yang dihadapi akibat isu perpindahan pemain yang kadang-kala memberikan masalah kepada kelab yang terlibat.

(Photo by Boris Streubel/Getty Images)

Andai usul ini dilaksanakan, ia akan hanya melibatkan pasukan-pasukan di Premier League sahaja dan pasukan dari English Football League tidak akan dikenakan dengan peraturan ini.

Disamping itu, jendela perpindahan musim sejuk akan kekal seperti biasa.

Sumber:

  1. The Guardian (2017): Premier League clubs to discuss shorter transfer window for the summer; https://www.theguardian.com/football/2017/aug/14/premier-league-shorter-transfer-window-meeting-7-september