Kelab Mesir Tuduh Lawan Mereka Guna Ilmu Hitam Untuk Menang Perlawanan Bola Sepak

Di zaman moden ini, tidak disangka-sangka perkara ini akan masih lagi berlaku.

Bila pertama kali kami mendengarnya, rasa macam tidak percaya sahaja dengan berita ini. Dan kami sangkakan ini adalah cerita tipu!

Di Afrika, seorang agen bola sepak telah menuduh sebuah kelab dari Afrika Selatan kerana menggunakan ilmu hitam untuk memenangi perlawanan bola sepak!

Pakai tangkal

Dalam aksi Liga Juara-Juara Afrika antara kelab Mesir, Zamalek dengan kelab Afrika Selatan Mamelodi Sundowns. Seorang agen bola sepak telah menuduh kelab Mamelodi Sundowns tersebut menggunakan tangkal sihir ketika menentang Zamalek.

Hal ini kerana, Zamalek gagal untuk menjaringkan gol dari 18 percubaan tepat ke arah pintu gol ketika menentang Mamelodi Sundowns!

“Adakah ia satu perkara normal jika kita gagal menjaringkan gol dari 18 percubaan tepat?” kata agen tersebut yang bernama Mortada Mansour.

Mansour berang selepas pasukannya melepaskan deretan peluang untuk dan kerana itu pasukan Zamalek tewas dalam pertarungan akhir itu.

Walaupun keputusan akhir adalah 1-0, tetapi Zamalek tewas menerusi aggregat selepas tewas pada perlawanan akhir pertama 3-0.

Kemenangan Mamelodi Sundowns tersebut menjadi mereka pasukan dari Afrika Selatan yang pertama menjuarai Liga Juara-Juara Afrika sejak 1995.

mamelodi-sundowns

Mamelodi Sundowns akan mewakili benua Afrika ke kejohanan FIFA Club World Cup di Jepun.

Mereka juga merupakan juara bagi Liga Afrika Selatan.

Tetap berbangga dengan pasukan

Walaupun tewas, Mansour serta staf kejurulatihan pasukan Zamalek tetap berbangga dengan prestasi para pemain mereka.

“Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada para pemain. Mereka sudah beraksi dengan cukup baik sekali.”

“Mereka menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan mereka layak memperoleh sejuta tabik hormat dari kami.”

Semangat melawan yang tinggi dari para pemain Zamalek cukup tinggi. Hinggakan mereka mendapat pujian dari penyokong mereka sendiri selepas perlawanan.

“Jika anda dapat lihat, para penyokong kami sangat berbangga dengan para pemain Zamalek. Mereka mengalu-alukan para pasukan selepas perlawanan.”

“Walaupun tewas, para penyokong tetap bertepuk tangan beramai-ramai tanda memberikan sokongan kepada pasukan kami.”

Baca juga: Dahulunya Seorang Pelarian, Kini Seorang Penjaring Gol Di Bundesliga

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN