Kelab Liga Super China Ini Boleh Dimiliki Dengan Percuma

Kelab Liga Super China (CSL) yang sedang dibebani hutang, Tianjin Tianhai berkata kelab itu kini terbuka untuk dijual kepada pemilik baharu secara percuma.

Dalams satu kenyataan semalam kelab tersebut berkata pihak mereka telah mencapai tahap yang kritikal dan demi meneruskan perjuangan di CSL, telah membuat keputusan yang dianggap amat penting tersebut.

“Kami akan memindahkan pegangan 100% tanpa sebarang bayaran.”

Pemilik kelab, Persatuan Bola Sepak Tianjin (TFA) dalam satu sidang media di China bagaimana pun berkata mereka hanya membenarkan pemilik yang sesuai dan mampu menjelaskan hutang untuk tujuan pemilikan.

Kelab China itu dilaporkan mempunyai hutang terkumpul mencecah USD145 juta.

Hutang tersebut kini sudah berada di atas nilai sebenar kelab pada harga USD99 juta – selepas penilaian yang dilakukan oleh sebuah syarikat penilaian aset berpengkalan di Beijing pada penghujung 2019 yang lalu.

Menurut laporan media tempatan, TFA telah menetapkan 14 Mac 2020 sebagai tarikh akhir penjualan, kerana perlu melakukan proses dokumentasi seperti yang dituntut oleh Persatuan Bola Sepak China (CFA).

Dokumen turut harus mempunyai pelan kewangan untuk kelab, dan ia dijadikan mandatori oleh CFA yang turut mempunyai mandat untuk menyiasat salah urus kewangan di kalangan kelab-kelab bertanding.

Sekiranya Tianjin gagal menyerahkan dokumen pemilikan baharu menjelang tarikh akhir yang ditetapkan oleh CFA, maka kelab tersebut boleh disingkirkan daripada CSL, sebelum ianya dibubarkan terus.

Tianjin mulai berhadapan pelbagai masalah kewangan sejak tahun lalu selepas pemiliknya, Quanjian Group berhadapan dengan pelbagai kontroversi kewangan di China.

Ketua Eksekutifnya, Shu Yuhuo telah ditahan atas salah laku pengubahan wang haram membabitkan perniagaan sistem piramid, dan telah dijatuhkan penjara selama sembilan tahun.

Tianjin kemudiannya diambil alih oleh TFA, dan hutangnya terus meningkat selepas itu. Pada jendela perpindahan yang lalu, 13 orang pemain telah dijual, dan tiada pemain baharu dbawa masuk.

Penularan wabak coranavirus di China turut menyebabkan CSL ditangguhkan, dan terus memberikan impak negatif kepada kewangan kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN