Shah Alam Antlers Kelab Komuniti Pertama Di Malaysia Umum Kerjasama Akademi Dengan NFDP

Kelab komuniti Shah Alam Antlers FC muncul kelab bola sepak komuniti pertama di Malaysia yang bekerjasama dengan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) untuk menubuhkan Akademi Tunas mereka sendiri.

Berita tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Eksekutif NFDP, En. Safirul Abu Bakar ketika acara Selangor Football Day yang diadakan di Damansara Performing Arts Center (DPAC), Damansara Perdana pada hari 25 Februari 2017 lepas.

Menurut laman Facebook rasmi Shah Alam Antlers, akademi tersebut akan dinamakan Akademi Tunas Shah Alam Antlers.

Apa itu Akademi Tunas NFDP?

Akademi Tunas merupakan akademi akar umbi untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun.

Tujuan penubuhannya adalah:

  • memberi pendedahan awal latihan yang bersistematik melalui kaedah ball mastery,
    meningkatkan kemahiran pemain dalam aspek teknikal
  • memberi pendedahan perlawanan dan pertandingan iaitu sistem bermain, prinsip bertahan, prinsip bertahan dan juga aspek bermain secara kumpulan dan berpasukan.

Setiap kategori umur pemain di pusat latihan terdiri dari 20-25 pemain.

Latihan pula dijalankan:

  • 3 kali seminggu iaitu pada waktu petang hari persekolahan
  • 2 kali seminggu di hujung minggu untuk internal tournament atau perlawanan persahabatan dengan kelab dan akademi persendirian.

Latihan pula dikendalikan oleh jurulatih yang berkelayakan sekurang-kurangnya lesen C.

Kebiasaannya, Akademi Tunas ini ditubuhkan di sebuah sekolah rendah di setiap daerah. Matlamat NFDP adalah untuk menubuhkan hingga 150 Akademi Tunas di seluruh negara (untuk setiap 150 daerah di Malaysia) menjelang tahun 2020.

Selain sekolah-sekolah, NFDP juga menggalakkan kelab-kelab komuniti untuk bekerjasama dengan mereka dengan menubuhkan Akademi Tunas. Dengan syarat, kelab komuniti tersebut mestilah diuruskan dengan baik dan mempunyai kemudahan padang latihan sendiri.

Sebagai balasan, NFDP akan memberi dana kepada kelab komuniti tersebut untuk menaik taraf/memperbaiki kemudahan padang latihan dan membayar gaji 5 jurulatih Akademi Tunas tersebut.

NFDP juga membenarkan kelab komuniti untuk memilih sendiri 5 jurulatih (1 ketua jurulatih akademi, 4 pembantu jurulatih) yang bakal bertugas di Akademi Tunas mereka.

Peluang inilah yang direbut oleh Shah Alam Antlers untuk memberi manfaat kepada komuniti Shah Alam.

Peluang bagus untuk komuniti

Dengan adanya Akademi Tunas Shah Alam Antlers nanti, komuniti Shah Alam bakal menjadi penerima faedah terbesar.

Jurulatih-jurulatih muda yang mahu mendapatkan pengalaman melatih pemain akar umbi berpeluang menimba pengalaman dan ilmu daripada ketua jurulatih akademi.

Ibu-bapa yang menetap di Shah Alam pula boleh menghantar anak-anak mereka ke Akademi Tunas Shah Alam Antlers. Malah tiada bayaran bulanan dikenakan kepada peserta Akademi Tunas.

Pemain-pemain yang bagus akan direkomendasi oleh jurulatih untuk dimasukkan ke Pusat Latihan Daerah, Sekolah Sukan Negeri, Sekolah Sukan Malaysia dan seterusnya – jika mereka betul-betul elit – ke Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD).

Sebaik masuk sekolah menengah, pemain-pemain yang terpilih akan ditempatkan di Pusat Latihan Daerah (akademi untuk pemain 13-17 tahun) di USJ 23.

Selepas tamat sekolah menengah, pemain-pemain yang tak terpilih oleh mana-mana pasukan negeri boleh meneruskan karier bola sepak mereka di skuad bawah-19, bawah-21 dan senior Shah Alam Antlers.

Di sinilah pentingnya kewujudan kelab komuniti kepada visi dan misi NFDP.

Modul latihan NFDP yang bersifat holistik bukan sahaja akan mengajar anak-anak mereka menjadi pemain bola sepak. Malah menjadi insan yang berguna tanpa mengira profesion yang bakal mereka ceburi.

Peminat-peminat bola sepak juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti Akademi Tunas Shah Alam Antlers sebagai sukarelawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN