Kelab-Kelab Liga-M Tiada Masalah Dengan Jadual Baharu Liga Super, Liga Premier

Liga Super Liga Premier Liga-M

Pasukan-pasukan Liga Malaysia bersetuju dengan jadual baharu Liga Super dan Liga Premier yang telah dikeluarkan oleh Malaysian Football League (MFL) dengan menyifatkan mereka mempunyai masa yang mencukupi melakukan segala persiapan.

MFL dalam satu kenyataan telah mengumumkan kalendar Liga Malaysia kembali bersambung pada Julai depan
di mana kempen Liga Premier 2021 bermula 3 Julai 2021 manakala tirai Liga Super 2021 kembali bersambung pada 24 Julai 2021.

Ketua jurulatih PJ City FC, P Maniam berpendapat jadual tersebut adalah adil untuk semua pasukan memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih lagi dilaksanakan sekali gus memberi mereka lebih ruang untuk melakukan persiapan terbaik.

Apatah lagi, PJ City ketika ini masih lagi belum mengadakan latihan secara Camp Based Training dan tempoh masa yang ada ini cukup untuk pasukan bersedia sebelum mereka mula berlatih secara fizikal.

“Bagi saya, MFL melakukan keputusan yang tepat memutuskan jadual baharu ini kerana sekarang pun masih PKP, dan kami pun masih belum mula berlatih secara berpasukan, jadi ada masa lagi untuk bersedia dengan lebih baik.

“Sebagai jurulatih, saya rasa jadual ini adalah seimbang memandangkan kita tahu skuad Harimau Malaya, JDT (Johor Darul Ta’zim), Terengganu FC dan Kedah juga ada tugas masing-masing untuk negara, lepas tu perlu kuarantin lagi, jadi saya rasa tiada masalah untuk kita sambung balik perlawanan bermula 24 Julai,” jelasnya.

Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain pula mengharapkan jadual saingan Piala AFC 2021 yang sepatutnya berlangsung pada 29 Jun tidak berubah meskipun venue masih belum diputuskan selepas Singapura sah menarik diri daripada menjadi hos kepada saingan itu.

Ini kerana, perubahan jadual bukan sahaja akan menjejaskan persiapan mereka, tetapi turut sama akan memberi masalah kepada pasukan-pasukan Liga Super yang tidak terlibat dalam Piala AFC kerana bakal berdepan pindaan jadual Liga Malaysia sekali lagi.

“Walaupun venue Piala AFC kita tidak tahu lagi, tetapi saya memang berharap jadual tidak akan berubah dan kekal sepertimana yang telah dinyatakan agar segala perancangan yang MFL atur tidak akan terjejas.

“Jadi, secara tidak langsung ianya baik untuk semua pasukan daripada segi perancangan dan tarikh yang ditetapkan kerana kami sendiri pun dah melakukan persiapan dalam tempoh liga berehat ini.

“Untuk Terengganu, kami amat berharap Piala AFC tetap berlangsung tidak kira bermain di mana sekalipun sebab peluang sebegini bukan senang, tetapi sepertimana saya katakan, jadual diharap akan kekal kerana kita juga fikir kesan kepada pasukan-pasukan lain dan tidak mahu perkara lain berlaku”, katanya.

Dalam pada itu, ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, K Devan menyifatkan tempoh masa lebih kurang tiga minggu sebelum sepak mula Liga Premier pada 3 Julai mencukupi dan tiada masalah untuk mereka bermula lebih awal berbanding pasukan di Liga Super.

Namun, beliau tetap berharap agar mereka dapat melakukan perlawanan persahabatan terlebih dahulu sekiranya PKP berakhir lebih awal untuk sekurang-kurangnya pemain dapat merasai aksi sebenar di padang selepas berehat hampir dua bulan.

“Sepertimana yang diberitahu oleh MFL, saya rasa tiada perubahan yang besar daripada segi jadual, jadi kami tiada masalah untuk bermula lebih awal.

“Bagi saya, Negeri Sembilan tiada isu dengan jadual ini dan persiapan juga berjalan dengan lancar, cuma kalau boleh kami berharap dapat melakukan satu atau dua aksi persahabatan sebelum sepak mula.

“Sekurang-kurangnya, kita dapat tengok tahap kecergasan fizikal pemain yang sebenar jika mereka beraksi dalam perlawanan persahabatan dan itu sahajalah harapan daripada saya”, jelasnya.

Selain itu, tarikh baharu perlawanan juga melibatkan dua perlawanan Liga Premier yang tertunda sebelum ini di antara Selangor FC 2 dengan Sarawak United FC ekoran cuaca buruk dan Perak FC II menentang Kelantan FC disebabkan pemain-pemain Kelantan FC diarahkan untuk kuarantin selama 10 hari oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akibat terdapat pemain mereka didapati positif Covid-19.

Tarikh baharu aksi Perak II bertemu Kelantan FC di Stadium Ipoh Perak adalah pada 29 Jun 2021 manakala Selangor 2 menentang Sarawak United bakal berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 30 Jun 2021.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Masih Wajarkah Safawi Rasid & Sumareh Berada Dalam XI Malaysia Berdepan Thailand?

Bangkitlah Harimau Malaya Dari Lena, Contohi Ngauman Singa Mesopotamia!

Ayah Tan Cheng Hoe Meninggal Dunia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN