Kelab Jepun, Consadole Sapporo ‘Ikat’ Supachok Sarachat Selama 5 Tahun

Supachok Sarachat Thailand Buriram Consadole Sapporo 2022

Bukan setahun dua, tetapi lima tahun kontrak yang diserahkan Consadole Sapporo kepada Supachok Sarachat untuk membawanya secara tetap.

Ia diserahkan malam tadi ketika kelab J.League itu berada di Thailand untuk kejohanan empat penjuru aksi persahabatan, 2022 J League Asia Challenge yang berlangsung di sana. Empat buah kelab menyertainya iaitu Kawasaki Frontale, Buriram United, BG Pathum United dan Consadole Sapporo.

Supachok merupakan pemain yang dipinjamkan Buriram United kepada Consadole Sapporo untuk tempoh enam bulan sejak Julai 2022 yang lalu.

Statistiknya walaupun hanya beraksi secara pinjaman mungkin memikat kelab tersebut untuk mengambilnya secara tetap selama lima tahun.

Dalam tempoh enam bulan, Supachok beraksi dalam tujuh perlawanan, iaitu 93 minit permainan dan telah berhasil merekodkan tiga bantuan gol.

Pemain tengah menyerang yang boleh beraksi di posisi sayap itu berusia 24 tahun dan akan melanjutkan tempohnya di Jepun selama lima tahun.

Menurut laman web Buriram United ketika mengumumkannya, kontrak Supachok bersama kelab tersebut dijangka berakhir pada Disember 2027.

Supachok menjadi pemain terbaru kelahiran Thailand yang diikat secara tetap di saingan J League selepas Chanathip Songkrasin dan Theerathon Bunmathan melebarkan sayap mereka ke sana. Hanya Chanathip yang kekal beraksi di sana bersama naib juara J1 League, Kawasaki Frontale.

Walaupun beraksi di J League seperti Chanathip, Supachok akan menyertai kem Gajah Perang untuk Piala AFF Mitshubishi Electric 2022, Disember ini.

Dalam aksi persahabatan empat penjuru antara Buriram United dan Consadole Sapporo, wakil dari Thai League itu menang bergaya 5-2.

Apa yang menariknya, skuad ‘Thunder Castle’ itu terlebih dahulu mendahului aksi dengan dua gol dalam tempoh 10 minit awal menerusi jaringan Ayub Misaka dan gol sendiri, Toya Nakamura. Lawan berhasil menyamakan kedudukan menerusi dua gol pantas dalam tempoh dua minit sahaja.

Ia menerusi Tsuyoshi Ogashiwa (minit ke-14) dan Ren Fujimura (16′).

Selepas rehat, tuan rumah kembali mendahului menerusi Arthit Boodjinda (61′), Lonsana Doumbouya(66′) sebelum Supachai Chaided melengkapkan malam gemilang Buriram United ke atas Consadole Sapporo dengan keputusan besar menerusi golnya empat minit sebelum wisel penamat.

Supachok menjadi pemain Thailand kedua menyertai Consadole Sapporo selepas Chanathip menyertai mereka secara tetap pada musim 2019 hingga 2022. Sebelum itu, kapten Thailand itu bermain bersama ‘Consa’ secara pinjaman dari Muangthong United selama dua musim sejak 2017.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN