Kelab Eropah Paling Banyak Hasilkan Pemain Untuk Skuad Senior Dari Akademi? Real Madrid

Real Madrid muncul kelab banyak menghasilkan pemain-pemain untuk skuad senior pasukan-pasukan dalam 5 liga terutama di Eropah (England, Itali, Sepanyol, Perancis dan Jerman) menurut laporan CIES Football Observatory.

CIES Football Observatory merupakan badan kajian data statistik bola sepak yang berpusat di Switzerland. Ia diasaskan pada tahun 2005 oleh Dr. Raffaele Poli dan Dr. Loic Ravenel.

Hasil laporan ini merupakan testimoni kejayaan akademi Real Madrid, La Fabrica dan tamparan buat akademi Barcelona, La Masia. Selama ini La Masia (gambar bawah) dianggap akademi paling prolifik di Eropah – selain akademi Ajax Amsterdam – dalam aspek penghasilan pemain-pemain muda berbakat.

This pictured shows the new building named “La Masia” training centre Oriol Tort where young players of the Barcelona football club live and train, near the Camp Nou stadium in Barcelona on August 5, 2011 . AFP PHOTO/ JOSEP LAGO (Photo credit should read JOSEP LAGO/AFP/Getty Images)

Sementara Ajax Amsterdam masih kekal dengan statusnya sebagai akademi paling prolifik menghasilkan pemain di 31 liga-liga di Eropah, La Fabrica menunjukkan peningkatan yang ketara sejak 2016 berbanding La Masia.

Menurut laporan CIES Football Observatory, La Fabrica telah menghasilkan 58 pemain dari akademi mereka dengan 8 daripadanya masih bersama dengan skuad senior Real Madrid.

NYON, SWITZERLAND – APRIL 15: Real Madrid’s line up before the UEFA Youth League semi final match between Real Madrid CF and Paris Saint Germain at Colovray on April 14, 2016 in Nyon, Switzerland. (Photo by Pedro Castillo/Real Madrid via Getty Images)

Manakala La Masia pula menghasilkan 50 pemain dari akademi mereka dengan 7 daripadanya masih bersama dengan skuad senior Barcelona.

Laporan data ini dihasilkan mengikut definisi produktiviti akademi yang dikeluarkan oleh UEFA – iaitu pemain-pemain ini perlu bermain di akademi kelab mereka untuk sekurang-kurangnya 3 tahun dari umur 15 tahun hingga 21 tahun.

Sumber: CIES Football Conservatory

Akademi Ajax Amsterdam paling produktif di Eropah

Jika laporan ini diambil daripada pangkalan data pemain yang beraksi dalam 31 liga-liga di Eropah pula, Ajax Amsterdam masih mengekalkan reputasi mereka sebagai kelab yang mempunyai akademi paling produktif.

Ajax Amsterdam menghasilkan 71 pemain daripada akademi mereka dengan 7 daripadanya masih bermain bersama skuad senior.

COBHAM, ENGLAND – MARCH 15: XXX of Chelsea and XXX of Ajax in action during the UEFA Youth League quarter final match between Chelsea and Ajax at Chelsea Training Ground on March 15, 2016 in Cobham, England. (Photo by Tom Dulat/Getty Images).

Akademi Dinamo Zagreb (Croatia) dan Partizan Belgrade (Serbia) pula masing-masing menduduki tangga ke-2 dan ke-3 ranking akademi paling produktif di Eropah. Ini diikuti oleh akademi Real Madrid di tangga ke-4.

Akademi Barcelona pula sekadar menduduki tangga ke-11.

La Masia sedang merosot?

Pada tahun 2010, La Masia menghasilkan 3 graduan yang mendominasi carta undian pemenang Ballon d’Or (Lionel Messi, Andres Iniesta dan Xavi Hernandez), sekaligus mengesahkan status mereka sebagai akademi terbaik di dunia.

Tetapi sejak 2012, hanya Munir El Haddadi dan Sandro Ramirez yang pernah bermain sebagai kesebelasan utama Barcelona LEBIH 2 kali dalam La Liga.

Barcelona’s forward Munir El Haddadi (3-L) celebrates with Barcelona’s midfielder Sergi Samper (L), Barcelona’s forward Aitor Cantalapiedra (2-L), Barcelona’s forward Sandro Ramirez (3-R), Barcelona’s midfielder Gerard Gumbau (R-2) and Barcelona’s French defender Jeremy Mathieu (R) after scoring a goal during the Spanish Copa del Rey (King’s Cup) Round of 32 second leg football match FC Barcelona vs CF Villanovense at the Camp Nou stadium in Barcelona on December 2, 2015. AFP PHOTO / LLUIS GENE / AFP / LLUIS GENE (Photo credit should read LLUIS GENE/AFP/Getty Images)

Jordi Masip, Carles Alena, Sergi Samper, Adama Traore dan Jean Marie Dongou nampak langsung tidak boleh mencabar pemain skuad senior mereka.

Sebagai perbandingan, sejak 2012 La Fabrica pula telah memberi LEBIH 2 kali peluang bermain dalam La Liga sebagai kesebelasan utama kepada 5 pemain – Dani Carvajal, Lucas Vasquez, Borja Mayoral, Achraf Hakimi dan Marcos Llorente.

Akademi mana paling produktif di England?

Daripada kalangan akademi-akademi di England pula, akademi Manchester United muncul akademi paling produktif menghasilkan pemain untuk 5 liga terutama Eropah. Ini diikuti oleh akademi Arsenal di tempat kedua, Tottenham Hotspur di tempat ketiga dan Liverpool di tempat keempat.

Di Jerman, akademi VfB Stuttgart adalah akademi paling banyak membekalkan pemain-pemain untuk 5 liga terutama di Eropah.

Ini diikuti (mengikut urutan) oleh Bayer Leverkusen, Bayern Munich, TSV 1860 Munich dan Schalke 04. Tiada tempat buat akademi Borussia Dortmund dalam senarai CIES Football Conservatory ini.

Rumusan

Data ini pastinya memberi tekanan buat pengarah La Masia, Josep Segura untuk mempertingkatkan hasil kerjanya untuk mengelak daripada tertinggal lebih jauh di belakang La Fabrica kendalian Ramon Martinez.

Dengan polisi pengurusan Zinedine Zidane yang sentiasa menyokong pembangunan pemain-pemain muda La Fabrica di skuad senior, Real Madrid kini berpotensi menjadi destinasi menarik untuk pemain-pemain muda berbakat berbanding Barcelona.

Sementara itu di Malaysia, hanya 4 daripada 12 pasukan Liga Super 2017 yang mempunyai akademi mereka sendiri.

8 pasukan lain pula berpendapat program Sekolah Sukan Negeri (SSN) dan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) ‘sudah memadai’ untuk melahirkan pemain-pemain untuk masa hadapan. Kepaa mereka, kami mahu ajukan satu soalan – sudah memadai atau malas buat kerja?

Leave a Reply