Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Pada awalnya ketibaan Hein Htet Aung di negara ini hanyalah untuk mengisi kuota import Asia Tenggara bagi pasukan pembangunan Selangor 2 yang beraksi di saingan Liga Premier.
Kecederaan yang menimpa beberapa pemain import The Red Giants pada musim ini membolehkan Htet Aung dipanggil oleh ketua jurulatih Karsten Neitzel untuk menyertai latihan bersama skuad utama dan seterusnya diturunkan dalam bebeberapa perlawanan.
Namun siapa sangka, penyerang muda Myanmar tersebut kini merupakan tonggak skuad utama Selangor dan semakin menarik perhatian peminat bola sepak tempatan selepas berjaya memperaga aksi cemerlang menerusi dua gol serta enam bantuan jaringan dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia.
Hakimi Abdullah is the under-23 top goalscorer in the #MSL2021 with five goals. He made nine starts and 11 substitute appearances.
Selangor’s Hein Htet Aung is the best under-23 provider with six assists. He, too, made nine starts. pic.twitter.com/BpXa7bKxci
— T. Avineshwaran (@avineshW90) September 12, 2021
Walaupun usianya baru mencecah 20 tahun, kelincahan serta tahap keyakinan Htet Aung cukup tinggi malah ramai peminat Selangor melihat pemain ini antara import terbaik dimiliki pasukan pada musim ini selain penyerang, Ifedayo Omosuyi.
Sekaligus beliau menenggelamkan nama-nama pemain import lain yang dianggap lebih sensasi pada awal musim musim seperti Tim Heubach, Manuel Konrad dan Oliver Buff yang dibawa dari Eropah.
Dalam temubualnya bersama Media MFL, Htet Aung mengakui beliau amat gembira dengan keputusannya menyertai Selangor yang dianggap sebagai batu loncatan terbesar dalam kariernya selepas menyerlah bersama Hanthawaddy United FC pada musim lalu.
Selain itu, beliau berasakan mutu saingan Liga Malaysia juga tinggi dan situasi itu adalah positif dalam meningkatkan lagi tahap permainannya serta pengalaman sebagai pemain bola sepak profesional.
“Saya ada sasaran tersendiri dalam kehidupan ini selaku pemain bola sepak profesional dan bersama Selangor, adalah salah satu pencapaian terbaik buat saya untuk setakat ini,” ujarnya.
“Keputusan untuk bersama Selangor pada musim ini adalah tepat dan sejak dari awal, saya amat gembira berada di sini kerana segala-galanya berjalan dengan sempurna.
“Selangor merupakan salah sebuah pasukan yang besar dalam bola sepak Malaysia dan saya punyai pengalaman cukup menarik setakat ini dengan pasukan.
“Saya sentiasa mahu membantu rakan sepasukan mendapatkan kemenangan dalam apa jua perlawanan kerana Selangor saya sudah anggap menjadi sebahagian daripada diri ini.”
"This one's for the future!"
Releasing a brand new Selangor FC Wallpaper Pack, featuring our young guns, including Aliff Haiqal, Jordan Ayimbila, Sharul Nazeem and Hein Htet Aung!
Download now at ➡ https://t.co/WkSD4U7dqE#RedGiants #CreatingALegacy #WallpaperWeekend pic.twitter.com/zqEIXrsZ3q
— Selangor FC (@selangorfc) May 15, 2021
Htet Aung dilabel sebagai antara pemain muda berpotensi di Myanmar apabila berjaya memenangi kategori Pemain Muda Terbaik di Liga Nasional Myanmar pada musim 2020 apabila menjaringkan enam gol dan sembilan bantuan jaringan.
Selain itu, dia berasakan mutu saingan Liga Malaysia cukup tinggi dan situasi itu adalah positif dalam meningkatkan lagi tahap permainannya serta pengalaman sebagai pemain bola sepak profesional.
“Intensiti di Liga Malaysia sentiasa tinggi dalam apa jua perlawanan dan sukar buat mana-mana pemain yang baharu sahaja bermain di sini,” tambahnya lagi.
“Sekiranya anda mahu bermain di Liga Malaysia, fizikal dan mental kita sentiasa kena kuat serta bersedia kerana semua pasukan yang bersaing adalah yang terbaik.”
Walaupun Htet Aung dikatakan telah menyambung kontraknya bersama Selangor, namun khidmatnya dikatakan telah mula diintai oleh beberapa kelab berdasarkan prospek yang dimilikinya.
Sekiranya berita tersebut benar, ia merupakan satu petanda positif buat Liga Malaysia apabila kelab-kelab di negara ini sudah berupaya untuk memasarkan pemainnya seperti mana kebiasaan yang dilihat di Eropah ketika ini.
Pada awal musim ini, nama Htet Aung menjadi perhatian selepas beliau menerima hukuman penggantungan satu perlawanan oleh Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di atas tindakannya mempamerkan simbol yang didakwa ‘berbaur politik’ sewaktu aksi Liga Premier menentang PDRM FC.
Pemain berusia 20 tahun itu turut diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.
Keputusan FAM itu bukan sahaja mendapat kecaman di Malaysia, malah ia turut dilaporkan oleh pelbagai agensi media di luar negara kerana dianggap dangkal dan tidak sensitif kerana pergolakan yang sedang berlaku di Myanmar bukanlah semata-mata isu politik, tetapi ia melibatkan isu kemanusiaan.