Kelab EPL Perlu Pulangkan RM1.8 Bilion Wang Hak Penyiaran

EPL

Semua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) telah diminta untuk memulangkan semula wang hak penyiaran kepada syarikat penyiar tempatan dan antarabangsa yang dianggarkan bernilai £340 juta (RM1.8 bilion) sekalipun saingan liga musim ini disambung secara tertutup.

Sumber dari BBC itu turut menjelaskan, semua kelab juga dimaklumkan pada Isnin bahawa jumlah tersebut mungkin akan menjadi lebih besar sekiranya liga musim ini dibatalkan terus atau tiada penyingkiran dibuat.

Semua kelab telah bermesyuarat pada Isnin untuk membincangkan mengenai ‘Project Restrat’ termasuk isu bermain di gelanggang berkecuali.

https://twitter.com/THEMAGPIEFEED/status/1259991538739879936?s=20

Pulangan semula itu perlu dibuat berikutan perlawanan tidak berlangsung seperti yang telah dijadualkan dan kemungkinan perlawanan beraksi tanpa penyokong.

Pengerusi Eksekutif EPL, Richard Masters sebelum ini pernah menjangkakan liga paling popular di dunia itu akan kerugian kira-kira £1 bilion (RM5.34 bilion) sekiranya baki perlawanan musim ini tidak dapat dilengkapkan.

“Kami sudah pun memaklumkan kepada semua kelab pada hari ini mengenai situasi dengan syarikat penyiar, namun perinciannya tidak boleh didedahkan. Apa juga yang berlaku, yang pastinya ia satu kehilangan besar buat semua pasukan. Ia tidak dapat dielakkan,” ujar Masters.

https://twitter.com/Realist_Opinion/status/1259896285848535041?s=20

Badan pengurusan liga itu juga mengatakan pihaknya telah mendengar bantahan daripada beberapa kelab yang enggan beraksi di gelanggang berkecuali jika perlawanan disambung selepas ini.

Ujar Masters, pihaknya masih berhubung rapat dengan pihak kerajaan, polis dan anggota keselamatan stadium.

“Lebih banyak pasukan yang mahu bermain di gelanggang sendiri dan tempat lawan kerana mereka yakin penyokong mereka tidak akan berkumpul berdekatan stadium mereka.

Dua minggu lepas, pihak EPL memaklumkan bermain di gelanggang berkecuali adalah satu-satunya cara untuk memastikan saingan liga musim ini dapat diteruskan kerana pihak berkuasa bimbang mengenai kemu ngkinan penyokong akan berkumpul di luar stadium dan sekaligus melanggar peraturan penjarakan sosial.

Difahamkan majoriti pasukan menentang langkah tersebut dengan Watford, Aston Villa dan Brighton membantah cadangan tersebut secara terbuka.

Pihak kerajaan United Kingdom telah memberikan tarikh cadangan EPL boleh dimulakan semua iaitu pada 1 Jun dan EPL pula menyasarkan perlawanan pertama bakal berlangsung pada 12 Jun.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liga Perdana Inggeris:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN