Ada fans bola dengan gembira komen: bayar gaji masyuk, bayar on time, tak pernah miss pun, tak boleh menang, ada yang kalah pun ada, buat malu je.
MENTALITI & MINDSET
Walaupun nampak macam biasa je komen ini tetapi bila ramai cakap begini, sebenarnya kita ada satu fixed mindset: tak kisah pengurusan jahanam, janji menang piala.
Bagaimana kita urus perkara kecil, begitulah kita akan urus perkara besar.
Jika kita majikan, tak kisah urus bisnes jahanam, janji untung. Jika kita pekerja, tak kisah pengurusan syarikat bersepah, janji bonus tahunan kita dapat.
MENANG PIALA
Menang piala memang target mana-mana kelab. Itu kayu ukur untuk nilai kita ada pasukan yang bagus. Tetapi bukan kayu ukur kita ada kelab yang bagus.
Untuk ada pasukan yang bagus, kita cuma perlu bawa masuk pemain yang bagus, jurulatih yang bagus, gunakan taktikal yang betul semasa lawan.
Untuk ada kelab yang bagus, kita perlukan pengurusan yang bagus dan kita boleh ada pasukan yang bagus.
KELAB HILANG
Kelab dengan pengurusan yang teruk, dia akan hilang dari dunia bola sepak. Kita boleh tengok banyak kelab mula tutup kedai di seluruh dunia kerana pengurusan tak bagus walaupun ada pasukan yang bagus.
Kalau kelab kita sekarang ada masalah pengurusan tetapi kita tak peduli dan gembira sebab boleh menang piala, kita kena hati-hati, lagi beberapa tahun, mungkin kelab kita akan rosak.
Akhirnya, kelab kena reset balik. Paling selamat, bermula semula dari bawah. Paling teruk, terus lenyap.
Kelab bola sepak umpama bisnes, ada banyak syarikat yang untung banyak tetapi kemudian muflis atau ditutup kerana pengurusan yang teruk.
Ada banyak syarikat, masih beroperasi bertahun, puluh tahun secara biasa, tidak untung besar, kerana pengurusan yang baik.
Kita seronok jika kelab menang piala.
Tetapi jangan kita bangga kelab menang dengan pengurusan yang lemah. Kesan jangka panjang kepada kelab sangat teruk.
Kita sudah nampak ke atas beberapa kelab di Malaysia. Ada yang turun liga, ada juga yang hilang terus. Kesan itu, kita nampak selepas beberapa tahun, bukan sekarang. Puncanya sekarang dan kesannya kemudian.