Kekayaan PSG Telah ‘Membunuh’ Bakat Pemain Akademi

PSG Academy

Pada musim panas 2011, sebuah syarikat pelaburan Qatar yang dimiliki Nasser Al-Khelaifi selesai mengambil alih hak pemilikan Paris Saint-Germain (PSG) dengan satu matlamat utama iaitu mendominasi bola sepak Perancis dan mememangi trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Selepas berjaya membawa masuk beberapa nama besar seperti Neymar dari Barcelona, PSG telah berhasrat untuk melahir pemain sehebat Lionel Messi menerusi sistem akademi mereka sendiri satu hari nanti.

Namun selepas hampir 10 tahun, PSG tidak pernah jumpa ‘Messi baharu’ yang mereka mahukan sekalipun telah membelanjakan sejumlah wang yang besar dengan memperuntukkan €10 juta (RM48 juta) setiap tahun untuk pembangunan di peringkat akar umbi.

Walaupun Persatuan Bola Sepak Perancis (FFF) telah mengiktiraf telah mengiktiraf akademi PSG sebagai yang terbaik di negara itu, hakikatnya pasukan itu dalam beberapa tahun ini tidak pernah menghargai pemain-pemain berbakat yang lahir daripada akademi mereka sendiri.

Pada musim panas lepas, PSG telah menjual Moussa Diaby (Bayer Leverkusen), Stanley N’Soki (Nice), Christopher Nkunku (RB Leipzig), Timothy Weah (Lille) dan Arthur Zagre (Monaco) dengan jumlah harga penjualan keseluruhan bernilai €54 juta.

Tiada di antara mereka yang berusia lebih daripada 21 tahun dan menyertai akademi kelab tersebut ketika berusia antara 12 dan 15 tahun.

The PSG team group (back row, left to right: Sebastien Cibois, Timothy Weah, Metehan Guclu, Yacine Adli, Loic Mbe Soh, Stanley Nsoki; front row, left to right: Lorenzo Callegari, Azzeddine Toufiqui, Arthur Zagre, Romaric Yapi, Arnaud Nkodi Luzayadio) before the UEFA Youth League match (round of 16) between Paris Saint Germain (PSG) and FC Barcelona, on February 20, 2018 in Saint Germain en Laye, France. (Photo by Dave Winter/Icon Sport)

Setahun sebelum itu, mereka turut menjual Jonathan Ikone (Lille), Odsonne Eduard (Celtic) dan Yacine Adli (Bordeaux) dan nilai kesuluruhan kurang dari €20 juta.

Seorang lagi pemain akademi, Claudio Gomes menolak untuk menandatangani kontrak profesionalnya dengan PSG dan disambar Manchester City. seperi mana pada 2017 mereka telah melepaskan Dan-Axel Zagadou (Borussia Dortmund), Boubakary Soumare (Lille), Fode Ballo-Toure (Lille) dan Mahamadou Dembele (FA SAlzburg).

Mungkin ramai yang tidak tahu, beberapa pemain yang sudah mencipta nama pada hari seperti pemain tengah Arsenal, Matteo Guendouzi, bintang Bayern Munich, Kingsley Coman dan penyerang Lyon, Moussa Dembele juga adalah graduan akademi PSG.

https://twitter.com/wosanipa/status/1266148200613904384?s=20

Terdapat dua faktor utama mengapa situasi tersebut berlaku iaitu kesukaran untuk menembusi skuad utama dan kurangnya minit perlawanan.

Dalam pasukan yang dipenuhi pemain-pemain bintang yang dibeli dengan harga yang mahal, pemain muda perlu mempamerkan prestasi lebih baik daripada nama-nama besar untuk bermain lebih kerap.

Coman tidak mahu menunggu lama untuk mendapat peluang beraksi dalam skuad utama apabila Laurent Blanc berterusan meletakkannya di bangku simpanan pada musim 2013/14. Diaby dan Nkunku pula tidak percaya Thomas Tuchel akan memberi kepercayaa kepada mereka untuk bermain lebih kerap.

Bekas pemain PSG, Luis Fernandez yang pernah menjadi ketua unit akademi kelab tersebut mengakui beliau meninggalkan jawatannya selepas kecewa dengan hala tuju kelab tersebut.

https://twitter.com/WonderScouting/status/1259554239153688581?s=20

“Pemain muda bukan lagi keutamaan mereka. Kita akan lihat akibat dan kesan buruknya tidak lama lagi. Pasukan simpanan telah dibubarkan. Saya tak tahu apa sasaran mereka terhadap polisi pemain muda ketika ini. Mereka ‘buang’ semua pemain-pemain yang berbakat,” kata Fernandes kepada ESPN.

Kredit Foto: Getty Images

Baca juga artikel kami yang lain mengenai PSG:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN