Kekayaan Kelab-Kelab Premier League Dijangka Terus Meningkat

Premier League dijangka akan menerima suntikan kewangan besar apabila saingan divisyen teratas Liga Inggeris itu dijangka akan meraih €11.6 billion hasil penjualan hak penyiaran untuk tahun 2022 sehingga 2025.

Ia adalah jumlah terkumpul melibatkan penjualan hak penyiaran kepada syarikat penyiaran domestik dan luar negara.

Jumlah perolehan itu akan diagihkan kepada semua 20 kelab yang bertanding di Premier League sepanjang tempoh tesebut, dan menunjukkan peningkatan sebanyak €1 billion untuk tiga tahun tersebut.

Menurut laporan Daily Mail, sesetengah negara seperti di Amerika Syarikat dan Australia menyaksikan perang bidaan untuk mendapatkan hak penyiaran tersebut, dan perkara sedemikian hanya akan memberi keuntungan kepada Premier League.

Sebuah laporan yang diterbitkan di UK turut melaporkan Disney, WarnerMedia dan CBS kini bersaing dengan NBC di Amerika Syarikat, manakala Optus turut berhadapan dengan empat syarikat lain seperti Stan Sport, Paramount+ dan Amazon di Australia.

Seperti dipersetujui sebelum ini sebagai sebahagian perjanjian pengambilalihan Newcastle United oleh konsortium Arab Saudi, beIN akan terus memegang hak penyiaran sah di negara-negara teluk.

Penyiaran di negara-negara teluk oleh beIN sahaja dilaporkan memberi keuntungan sebanyak €450 juta kepada Premier League. Canal+ turut dilaporkan memperbaharui hak penyiaran mereka dengan nilai €300 juta untuk siaran di Perancis, Slovakia dan Republik Czech.

Persetujuan turut telah dicapai dengan beberapa syarikat penyiar lain di seluruh eropah seperti di Itali (Sky Italia), Portugal (ELEVEN Sports), Belgium (Telenet), Jerman (Sky Deutschland) dan Sepanyol (DAZN).

Manakala Sky Sports, BT, Amazon dan BBC akan membayar €5.8 juta masing-masing untuk mendapatkan hak penyiaran Premier League di UK.

Turut dilaporkan The Nordic Entertainment (NENT) turut berusaha membida hak penyiaran Premier League untuk siaran di Sweden, Denmark dan Finland dengan nilai €2.8 juta sehingga 2028, dan syarikat itu dilaporkan membeli pakej berasingan untuk siaran di Belanda, Poland, Estonia, Lithuania dan Latvia.

Saran menjadi syarikat dominan di Asia yang sudah mengesahkan hak penyiaran milik mereka untuk siaran di Afghanistan, Azerbaijan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Taiwan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan, manakala iQIYI Sports pula untuk siaran di China.

Asto SuperSport dijangka akan terus mengekalkan hak penyiaraan Premier League bagi Malaysia dan Brunei.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN