“Kekalahan Lalu Kami Ambil Pengajaran” – Jordan Mintah Tekad Bangkit Atasi Kelantan United

Setelah menerima tamparan hebat pada Ahad lalu dengan mengalami kekalahan yang agak mengejutkan kepada PDRM FC, kini Terengganu II nyata mahu kembali bangkit dengan mencari kemenangan agar dapat menggenggam tiga mata dicari sekali gus mengukuhkan kedudukan carta Liga Premier 2022.

Menurut penyerang import Terengganu II iaitu Jordan Mintah, beliau yakin mengenai pasukannya mampu untuk kembali mencatat kemenangan berdepan Kelantan United malam esok di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Dengan kelebihan beraksi di laman sendiri, pastinya Terengganu II mampu untuk tampil dengan lebih bermotivasi dan memberi persembahan lebih menyakinkan bagi mengatasi pelawat.

Terengganu II sebelum itu dikejutkan oleh PDRM FC dengan keputusan 1-2 walaupun pada awal perlawanan mereka mendahului lawan sehingga minit ke-73.

Jelas Mintah yang muncul selaku penjaring terbanyak Liga Perdana musim lalu dengan 16 gol direkodkan itu, tahap kecergasan beliau kini bersama rakan sepasukan berada dalam keadaan yang baik dan sentiasa bersedia untuk beraksi walaupun pada bulan Ramadhan.

“Kekalahan kepada PDRM FC pada Ahad lalu perlu dijadikan pengajaran berguna buat kami untuk tidak lagi mengulangi kesilapan sama apabila berdepan dengan Kelantan United kerana sasaran kami adalah meraih tiga mata.

“Agak melegakan apabila semua pemain berada dalam keadaan bersedia selain tidak tertekan dengan kekalahan lalu untuk bangkit merakam kemenangan kedua musim ini.

“Saya juga percaya ketua jurulatih memiliki taktikal yang tersendiri bagi memastikan kami tidak berputih mata di tempat sendiri,” kata Mintah ketika ditemui di sini, pada sesi latihan skuad Turtles di sini, semalam menerusi Arena Metro.

Dalam masa sama, Badrul Afzan Razali selaku jurulatih Terengganu II turut berpesan kepada anak buahnya supaya tidak leka atau cuai sehingga merekodkan kekalahan yang tidak dijangka sewaktu menentang PDRM FC.

Jelas beliau, para pemain perlu memberi fokus sepenuhnya dalam aksi selepas ini untuk menentang Kelantan United supaya kemenangan dapat dicatat kembali.

“Kesilapan individu ketika berdepan PDRM FC memusnahkan impian kita mengutip tiga mata. Jadi bagi aksi malam esok, pemain tidak boleh leka dan cepat selesa sebaliknya perlu mengikut taktikal yang dirancang bagi mengelak dijerat skuad pelawat,” katanya.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN