Berinspirasikan Kejuaraan Eropah 1968, Man Utd Lancar Jersi Ketiga 2018/19

Manchester United telah melancarkan jersi ketiga untuk digunakan pada musim 2018/19. Uniknya, jersi tersebut diperbuat daripada bahan buangan, plastik.

Berinspirasikan ulang tahun ke-50 kejuaraan Piala Eropah yang pertama untuk Manchester United, jersi berwarna biru laut tersebut turut mendapat idea daripada warna biru royal yang digunapakai oleh anak buah Sir Matt Busby ketika mencipta sejarah menewaskan Benfica pada Mei 1968 di Wembley.

Sumber: Manchester United

Adidas turut bekerjasama dengan sebuah gerakan yang dikenali sebagai Parley for the Oceans untuk jersi tersebut.

Parley adalah sebuah badan global yang memberi kesedaran mengenai kepentingan lautan dan kehidupan yang bergantung kepada sumber alam itu, dan sering memberi kesedaran serta pendidikan akan persekitaran dengan cara yang cukup kreatif.

Selain daripada memberi kesedaran mengenai ancaman plastik kepada lautan, Adidas dan Parley turut bekerjasama dalam menghasilkan pelbagai produk barangan sukan daripada kasut sehingga kepada pakaian sukan yang lain.

Sumber: Manchester United

Produk tersebut dihasilkan berasaskan bahan buangan plastik yang diperolehi di tepian pantai, ataupun yang diperolehi melalui gerakan komuniti yang terlibat dengan Parley demi menjaga lautan.

Pengarah Manchester United, Richard Arnold berkata:

“Ia adalah satu keterujaan untuk meraikan kejayaan pertama kelab ini di pentas eropah pada 50 tahun yang lalu. Jersi ini mewakili saat penting di dalam sejarah kelab ini.”

Sumber: Manchester United

“Ia mengingatkan kita kepada rekod bahawasanya Manchester United adalah kelab Inggeris pertama yang memenangi kejuaraan di saingan eropah satu masa dahulu.”

“Adidas turut menampilkan cara pemikiran kreatif di dalam pembikinan jersi ini dengan kerjasama bersama Parley. Sudah tentu kita menyedari bagaimana plastik sebagai buangan boleh menjadi ancaman kepada kehidupan laut.”

“Untuk itu, kami turut berbangga menjadi sebahagian daripada mereka di dalam kempen kesedaran ini. Sudah tentu kami percaya, para penyokong turut akan menggemari jersi ini.”

Jersi ketiga Manchester United ini akan mulai digunapakai ketika jelajah pra musim di Amerika Syarikat pada musim panas nanti.

Adidas dan Manchester United turut melancarkan video sempena pelancaran jersi tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN