Pep Guardiola menyifatkan kejuaraan Premier League musim 2020/21 yang dimenangi pasukannya adalah yang paling mencabar dihadapinya setakat ini.
Manchester City hanya bergelar juara selepas seteru setempat, Manchester United tewas 1-2 kepada Leicester City di Old Trafford pada awal pagi tadi.
Skuad kendalian Guardiola telah menjuarai kejuaraan liga sebanyak tiga kali dalam tempoh empat musim ini, namun mengakui cabaran yang perlu dihadapi pada musim ini adalah berbeza berbanding musim-musim yang lain.
Apa kata Guardiola?
“Ini adalah musim di mana saingan Premier League diharungi tidak seperti musim-musim sebelumnya,” kata Guardiola.
“[Musim] ini adalah yang paling sukar. Kami akan mengingati musim ini kerana cara kami memenanginya. Saya amat bangga menjadi pengurus di sini dan bersama kelompok pemain di sini.
Spain 🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆
Germany 🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆
England 🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆Another trophy for Pep Guardiola 👑 pic.twitter.com/7mAknHbfm9
— B/R Football (@brfootball) May 11, 2021
“Mereka sangat kecewa. Untuk melalui musim ini – engan semua kekangan dan kesukaran yang dihadapi – dan menampilkan konsistensi yang ada adalah perkara yang menakjubkan.”
Ada apa dengan Manchester United?
Manchester United menewaskan Aston Villa 3-1 pada Ahad dan mereka tahu penantian City akan berlarutan jika berjaya mengelak diri dari tewas dalam perlawanan menentang Leincester.
Bagaimanapun Ole Gunnar Solskjaer turut merungut akan jadual perlawanan padat termasuk menghadapi tiga perlawanan di dalam tempoh lima hari.
Disebabkan itu, pengendali dari Norway itu berkata beliau bersedia menukar barisan pemain demi melindungi pemain-pemain utama dari mengalami kecederaan. Manchestester United masih berpeluang meraih kejuaraan pada musim in jika berjaya menewaskan Villareal di perlawanan akhir Europa League pada 27 Mei nanti.
The Reds are beaten at Old Trafford.#MUFC #MUNLEI
— Manchester United (@ManUtd) May 11, 2021
“Salah sebuah kelab pasti tidak gembira kerana saya akan menurunkan kesebelasan terbaik dalam satu perlawanan dan sebelas pemain lain pada perlawanan seterusnya,” ujar Solskjaer kepada wartawan The Guardian.
“Saya perlu menjaga kebajikan pemain. Kemungkinan akan ada yang tidak gembira dengan pemilihan pemain kami dalam satu atau dua perlawanan akan datang.
“Ia boleh mempengaruhi siapa yang menduduki empat tempat teratas atau kelayakan ke Champions League. Tetapi itu bukan masalah saya. Itu masalah mereka yang lain.”
“Talking about integrity in the league and stuff, don't blame me when I have to make changes because I have to." #LFC https://t.co/u6fvoJHZ9O
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) May 10, 2021
Dalam perlawanan pada awal pagi tadi, Leicester memperolehi pendahuluan melalui voli Luke Thomas seawal minit ke-10 perlawanan,
United menyamakan kedudukan lima minit kemudian melalui Mason Greenwood. Tetapi tandukan kencang Soyuncu pada minit ke-66 perlawanan memastikan tiga mata berharga milik anak buah Brendan Rodgers, dan kejuaraan sah menjadi milik City.
Bagaimana Man City rangkul lejuaraan lain?
Selepas hanya menamatkan musim di tangga ketiga pada musim pertamanya di Premier League, skuad kendalian Guardiola muncul juara musim 2018/18 dengan mudah.
City menjadi pasukan Premier League pertama yang mengumpul 100 mata semusim. Manchester United menamatkan saingan dengan 81 mata pada musim tersebut.
Pep Guardiola wins the Premier League trophy for the 3rd time, and the 10th trophy in total as Manchester City manager since 2016/17. pic.twitter.com/dvzdY2iZkW
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) May 11, 2021
Musim seterusnya, City bersaing dengan Liverpool dan juara hanya sah milik skuad kendalian Guardiola pada perlawanan terakhir musim tersebut. City mengumpul 99 mata, dan Liverpool mengikuti rapat dengan 98 mata.
Perjalanan City musim ini
Sangat cemerlang. Cara mereka bangkit dari permulaan yang perlahan amat mengkagumkan. Bukan sahaja mereka mendominasi saingan Premier League, City turut mara ke perlawanan akhir Champions League.
This is our City! 🏆🔵
🔷 #ManCity | https://t.co/axa0klD5re pic.twitter.com/i3OuZJsnft
— Manchester City (@ManCity) May 11, 2021
Guardiola turut membantu City merangkul kejuaraan Piala Carabao dan mara ke separuh akhir Piala FA pada musim ini.
Walaupun hilang khidmat penggempur berbisa, bahagian benteng yang utuh memberikan kelebihan buat Guardiola. Bayangkan. Mereka hanya memerlukan tempoh satu minggu untuk pra musim. Namun mereka tetap berjaya mengharungi musim ini dengan jayanya.
Baca artikel menarik lain mengenai Man City:
Analisis Taktikal: Bagaimana Phil Foden Jadi Fokal Sistem ‘Strikerless’ Guardiola Benam Liverpool
Analisis: Peranan Baharu Ilkay Gundogan Sebagai No.8 Dalam Sistem Hybrid Man City