Kejuaraan Liga Manchester City 2014 Mungkin Dilucutkan

Jika Manchester City kalah di dalam rayuan mereka di Mahkamah Timbang Tara Sukan selepas ini, mereka dijangka bakal berhadapan dengan hukuman yang lebih serius daripada Premier League.

Antaranya adalah, pemotongan mata dan juga kejuaraan liga yang mereka menangi pada 2014 mungkin akan ditarik balik.

Manchester City juga perlu untuk menstruktur semula kewangan kelab mereka. Dan mungkin terpaksa menjual beberapa pemain bintang mereka seperti Kevin De Bruyne, Raheem Sterling dan Aymeric Laporte.

EPL akan melancarkan siasatan mereka selepas ini, dan akan mengambil tindakan yang perlu.

Buat masa ini, badan pengendali liga bola sepak England masih belum mengenakan sebarang pertuduhan ke atas Manchester City, dan tidak memberikan sebarang komen.

Premier League turut tidak memberikan sebarang komen tentang potensi Manchester City bakal dipotong mata ataupun disingkirkan ke liga bawahan.

Jika Manchester City didapati bersalah dan hukuman oleh UEFA itu kekal, maka Premier League akan membuka buku peraturan mereka. Antara tindakan yang mereka boleh ambil adalah memotong mata.

Ini pastinya akan memberikan impak kepada kedudukan liga Manchester City pada akhir musim ini.

UEFA menerusi Club Financial Control Body Adjudicatory (CFCB) menyatakan bahawa Manchester City telah memalsukan jumlah tajaan dan pendapatan mereka, dalam laporan kewangan dari 2012-2016.

Ini bermaksud, ada kemungkinan kejuaraan liga Manchester City pada 2014 akan dilucutkan. Dan mungkin juga kejuaraan mereka pada 2012 akan terlibat juga.

Pada 2014, Manchester City juara liga mengatasi Liverpool. Momen ikonik ketika itu adalah ketika Steven Gerrard tergelincir.

Menurut peraturan EPL, ianya lebih lembut berbanding UEFA, di mana pasukan EPL dibenarkan untuk mengalami kerugian tak lebih £105 juta dalam masa 3 tahun.

Jadi, Premier League akan menyiasat berapa angka sebenar kerugian Man City selepas ditolak dengan beberapa angka yang tidak sah dinyatakan oleh Man City dalam laporan kewangan mereka.

Oleh yang demikian, buat masa ini, Premier League masih bertenang menunggu keputusan daripada mahkamah rayuan CAS.

Manchester City sudah melantik lapan orang peguam untuk mewakili mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN