Kejuaraan Futsal AFF 2019: Rosmadi Akui Tragedi Buat Skuad Futsal Negara

Pengurus pasukan futsal negara, Datuk Rosmadi Ismail jelas kecewa melihat anak buahnya gagal melepasi peringkat kumpulan saingan Kejuaraan Futsal AFF 2019 yang berlangsung di Ho Chi Minh City, Vietnam.

Skuad negara tersingkir daripada persaingan tanpa sebarang mata selepas tewas tiga perlawanan pada pertemuan menentang Indonesia [2-3], Australia [4-6] dan Vietnam [2-4].

“Kita datang ke sini dengan satu keyakinan tinggi bahawa boleh melangkah lebih jauh setidak-tidaknya mengulangi pencapaian ke final walaupun kita tahu telah diundi dalam kumpulan sukar. Bukan kerana kita mendabik dada atau memandang rendah keupayaan lawan, tetapi kerana yakin dengan kualiti pemain-pemain kita yang merupakan 14 pemain terbaik dalam negara.

“Pemain telah tunjukkan satu semangat melawan yang cukup mengagumkan apabila bangkit mengikat Indonesia 2-2, bangkit mengejar ketika lawan Australia dan bangkit mengikat Vietnam 2-2.

Rosmadi
Kredit foto: Arena Seladang

“Tetapi secara keseluruhan, itu bukan permainan terbaik kita. Kita sebenarnya tidak menepati potensi yang sebenar, kita sepatutnya boleh buat jauh lebih baik. Saya perlu akui ini penyertaan yang cukup mengecewakan, kita tidak boleh gembira atau cakap sudah berpuas hati setelah apa yang terjadi.

“Tragedi buat skuad futsal negara ini merupakan satu “alarm-clock” kepada pengurusan, jawatankuasa, barisan kejurulatihan, pemain malah saya sendiri. Kita tidak boleh balik ke tanah air dan sekadar memberitahu kami telah buat yang terbaik, tetapi jadikan ini pengajaran dan kaji, betulkan apa yang tidak kena.

“Kita perlu akui dan terima kegagalan ini, cari formula untuk lonjakkan semula prestasi pasukan supaya dapat kembali menjadi pasukan disegani dan digeruni. Banyak kerja yang perlu dilakukan,” ujar Rosmadi bercakap kepada wartawan Fox Sports Malaysia.

Malaysia yang menyertai kesemua 16 edisi pertandingan sejak diperkenalkan pada tahun 2001 itu masih belum pernah mengecapi nikmat selaku juara.

Pencapaian terbaik adalah menjadi naib juara pada kejohanan 2003, 2005, 2010, 2017 dan 2018 manakala lima kali gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir termasuk kali ini di Vietnam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN