Kejuaraan Futsal AFF 2019: Langkah Kiri Buat Skuad Negara

Skuad negara memulakan saingan Kejuaraan Futsal AFF 2019 dengan langkah kiri apabila tunduk 2-3 pada pertemuan menentang Indonesia di Stadium Tertutup Pu Tho, Ho Chi Minh City, sebentar tadi.

Aksi yang dipamerkan dua negara jiran tetangga ini nyata mendebarkan apabila corak permainan saling berbalas serangan ditampilkan.

Terdapat percubaan daripada Mohamad Awalluddin Mat Nawi dan Rio Pangetsu [Indonesia] sekadar singgah di tiang gol pasukan lawan masing-masing.

Penjaga gol kedua-dua pasukan, Azrul Hadee Mohd Taufiq dan Muhammad Iksan Rahadian juga mempamerkan ketangkasan dalam menafikan setiap asakan yang dihadapi.

Namun, segalanya berubah pada minit ke-17 apabila Indonesia lebih bijak menyempurnakan peluang setelah Andri Kustiawan melakukan kuisan kaki kanan hasil hantaran Randy Satria Mushar bagi meletakkan Indonesia di hadapan.

Belum pun sempat pemain skuad negara memperkemaskan aksi, Muhammad Iqbal Rahmatullah pantas melebarkan kedudukan 2-0 selepas bijak merampas bola dari kawalan Ahmad Harith Naim dan sekaligus menewaskan Azrul Hadee.

Sedar hanya tekanan hebat ke kubu lawan sahaja yang mampu mengubah keadaan, barisan anak buah Chiew Chun Yong menjelmakan corak serangan lebih jitu bagi mencipta jaringan.

Usaha keras pemain negara membuahkan hasil pada minit ke-27 apabila Mohd Ridzwan Bakri merapatkan kedudukan hasil rembatan susulan sepakan percuma Saiful Nizam Mohd Ali.

Tidak sampai seminit jaringan daripada pemain kelahiran Tawau tersebut, Saiful Nizam pula menceriakan kem skuad negara dengan jaringan penyamaan.

Dalam keghairahan mencipta peluang bagi memburu jaringan pendahuluan, skuad negara dihukum oleh pemain berpengalaman, Syahidansyah Lubis yang kembali memberikan kelebihan buat Indonesia pada minit ke-32.

Lapan minit baki perlawanan masih tidak mampu untuk menjelmakan jaringan penyamaan buat skuad negara walaupun taktikal ‘power play’ turut digunakan.

Kekalahan ini jelas membuatkan laluan skuad negara untuk ke peringkat separuh akhir kelihatan semakin sukar, namun peluang masih belum tertutup sekiranya Malaysia mampu menundukkan Australia, malam esok.

Kredit foto: FAM

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN