Kejuaraan Futsal AFF 2019: Kecundang 2-4, Skuad Negara Kecewa Lagi

Skuad futsal negara menamatkan kempen Kejuaraan Futsal AFF 2019 tanpa sebarang mata selepas tunduk 2-4 ditangan Vietnam pada aksi terakhir kumpulan B di Stadium Tertutup Pu Tho, Ho Chi Minh City, sebentar tadi.

Tuan rumah yang memerlukan kemenangan besar untuk mengelakkan pertemuan separuh akhir menentang Thailand menekan hebat skuad negara sejak awal permainan.

Usaha keras anak buah Miguel Rodrigo itu membuahkan hasil pada minit keenam selepas Nguyen Thanh Tin membuka tirai jaringan susulan umpanan kemas daripada Nhan Gia Hung.

Jaringan tersebut nyata menyemarakkan lagi semangat juang para pemain Vietnam bagi menambah jaringan dengan beberapa siri serangan berbahaya dilancarkan ke kubu Malaysia tetapi tidak berupaya untuk menambah jaringan hingga tamat babak pertama.

Vu Duc Tung melebarkan keduduka buat Vietnam pada minit ke-26 selepas ledakan padu dari jarak jauh berjaya menewaskan penjaga gol, Azrul Hadee Mohd Taufiq.

Taktikal ‘power play’ yang diterapkan Vietnam bagi terus memburu jaringan memakan diri apabila Abu Haniffa Hassan menolak masuk bola pada minit ke-33.

Malang terus menimpa Vietnam pada minit ke-37 susulan taktikal yang digunakan sekaligus memberikan peluang buat skuad negara untuk menyamakan kedudukan menerusi Mohd Azwann Ismail.

Namun, kedudukan tersebut tidak kekal lama apabila Nguyen Minh Tri menjaringkan gol ketiga sebelum Chau Doan Phat melengkapkan kemenangan 4-2 buat Vietnam.

Dengan keputusan ini, Vietnam akan bertemu Thailand pada aksi separuh akhir manakala skuad negara menamatkan saingan edisi kali ini tanpa sebarang kemenangan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN