Kejuaraan Futsal AFF 2019: Chiew Chun Yong Umum 14 Pemain Ke Vietnam

Kejuaraan Futsal AFF 2019

Teka teki barisan pemain yang bakal menggalas tanggungjawab dalam saingan Kejuaraan Futsal AFF 2019 di Ho Chi Minh City kini sudah terjawab.

Melihatkan kepada senarai pemain yang dikeluarkan oleh akaun Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sepuluh pemain yang membantu skuad futsal negara menduduki tempat kedua edisi tahun lalu di Jogjakarta telah dikekalkan.

Hanya empat pemain baharu dibawa masuk iaitu Muhammad Saad Abdul Sani [Melaka United], Muhammad Fariq Mohammad [Selangor], Muhammad Shamsul Akmar Zamri [Selangor] dan Muhammad Farikh Khabibor Rahman dari Perak.

Keempat-empat pemain tersebut bagaimanapun merupakan pemain berpengalaman luas yang sering dipanggil menyertai latihan pusat skuad kebangsaan.

Namun, kekuatan pasukan yang dibimbing Chiew Chun Yong itu sedikit direncatkan dengan ketiadaan pemain paling berpengaruh, Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin akibat kecederaan dialami ketika kejohanan jemputan di China pada September lalu.

Senarai lengkap 14 pemain yang terpilih ke Kejuaraan Futsal AFF 2019. 

Kejuaraan Futsal AFF 2019 akan berlangsung di Stadium Tertutup Pu Tho, Ho Chi Minh City bermula 21 Oktober ini yang menyaksikan skuad negara akan berdepan Indonesia pada jam 5.00 petang (waktu Malaysia).

Skuad negara kemudiannya akan menentang Australia pada 22 Oktober (8.00 malam) dan keesokannya, Vietnam menanti untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan B juga pada jam 8.00 malam.

Aksi separuh akhir dan perebutan tempat ke-3/4 serta perlawanan akhir akan berlangsung pada 25 dan 27 Oktober 2019.

Kredit foto: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN