Kejuaraan Futsal AFF 2018: Thailand Masih Sukar Digugat, ‘Kuburkan’ Harapan Juara Skuad Negara

Futsal

Hasrat skuad futsal kebangsaan untuk meraih gelaran sulung Kejuaraan Futsal AFF 2018 tidak kesampaian selepas tumbang 4-2 ditangan Thailand pada perlawanan akhir sebentar tadi.

Skuad negara tersentak pada minit ke-3 perlawanan selepas Muhammad Osman Musa membuka tirai jaringan menerusi percubaan dari jarak dekat yang mengecewakan Azrul Hadee Mohd Taufiq.

Turun sebagai pasukan pilihan utama menjuarai saingan, Thailand jelas mendominasi permainan dengan serangan berbahaya yang seringkali mengancam kubu skuad negara.

Namun, ia tidak sesekali merentap semangat juang para pemain skuad negara yang turut mengintai peluang mengkucar-kacirkan gawang Thailand yang dikawal Kanison Phoopun.

Kelebihan Thailand itu berjaya dipadamkan Awalludin Mat Nawi pada minit ke-11 selepas pemain berusia 20 tahun itu menolak masuk bola hasil sepakan sudut yang diambil Mohd Azwann Ismail.

Skuad yang dibimbing Jose Maria Pazos Mendez itu kembali mempamerkan penguasaan dan menerusi satu gerakan cantik yang dicipta berjaya disudahkan dengan baik oleh kapten, Jetsada Chudech untuk Thailand kembali mendahului.

Aksi babak kedua bersambung turut memperlihatkan gerakan serangan berkualiti tinggi yang dilancarkan Thailand bagi menggandakan kedudukan.

Usaha tersebut membuahkan hasil selepas Apiwat Chaemcharoen yang berjaya melepasi kawalan pemain negara yang seterusnya membuat percubaan yang melepasi celah kaki Azrul Hadee lalu bola bergolek membocori gawang skuad negara.

Ketika perlawanan hanya berbaki enam minit untuk ditamatkan, pengendali skuad negara, Chiew Chun Yong menggunakan taktikal ‘powerplay’ dalam usaha merapatkan kedudukan.

Hasil taktikal tersebut, Khairul Effendy Bahrin berjaya menjaringkan gol selepas menerima lorongan daripada Awalludin bagi menjadikan kedudukan 3-2.

Giat melancarkan asakan menerusi ‘powerplay’ memakan diri apabila serangan yang berjaya dipatahkan pemain Thailand digunakan sepenuhnya oleh Chaivat Jamrajang untuk melepaskan sepakan dari kawasan sendiri untuk terus membocori gawang negara yang sudah pun terbuka luas.

Kemenangan ini sekaligus telah menghadiahkan kejuaraan ke-14 buat Thailand dalam 15 edisi yang telah diadakan.

Rumusan

Mungkin cukup pahit untuk ditelan, namun kekalahan ini diharapkan tidak mematahkan semangat para pemain untuk kembali bangkit pada edisi akan datang.

Corak permainan yang ditampilkan sepanjang kejohanan wajar dipuji dan sudah tentu kelemahan yang wujud akan menjadi perhatian khusus barisan kejurulatihan skuad negara.

Kredit foto: Futsal Thailand

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN