Quantcast

KAJIAN & FAKTA

Kecederaan Bola Sepak? Cubalah Rawatan Menggunakan Keju!

KEJU.

Rakyat Malaysia memang gilakan keju. Sangat gila sehinggakan tahun 2017 yang lalu bolehlah dianggap ‘tahun keju’ kerana masyarakat kita telah menggabungkan hasil tenusu berkenaan di dalam semu benda yang mereka jamah.

Bermula dari pisang goreng cheese, ia merebak kepada murtabak cheese, popiah cheese, keropok lekor cheese sehinggalah ke megi segera cheese, mencerminkan kegilaan ini masih jauh dari menemui titik noktah.

Tapi, selain dari menjadi makanan yang enak, tahukah anda yang keju juga boleh membantu anda pulih dari kecederaan? Ya, kami tak tipu!

Kisah Keju Yang Menyembuhkan Kecederaan

(Photo by Charlie Crowhurst/Getty Images)

Kisah pelik tetapi benar ini bermula pada tahun 2014 sewaktu Felix Magath masih menguruskan pasukan Fulham.

Pada ketika itu, pemain pertahanan tengah utama pasukan Brede Hangeland telah mengalami kecederaan pada bahagian lutut.

Felix Magath kemudiannya mengesahkan laporan bahawa dia pernah memberitahu Brede supaya membungkuskan lututnya dengan keju untuk menyegerakan proses penyembuhan.

“Saya memberitahu Brede supaya dia boleh mencuba teknik orang lama-lama ini dengan keju quark, yang sering digunakan untuk melegakan bengkak,” kata Magath.

Walau bagaimanapun, Magath menafikan bahawa dia menggesa Brede untuk mengabaikan perubatan moden seperti yang didakwa oleh pemain tengah itu.

“Saya takkan pernah memberitahu mana-mana doktor tentang cara-cara merawat kecederaan pemain. Saya mereasakan bahawa media sengaja membesar-besarkan hal sebenar,” jelas Magath.

Kisah Keju Dan Pingat Emas Olimpik

(Photo by Clive Rose/Getty Images)

 

Meskipun demikian, ini bukanlah kali pertama keju digunakan untuk merawat kecederaan.

Antara nama besar lain yang mengakui kebaikan keju dalam merawat kecederaan adalah peluncur ski terkenal Amerika, Lindsey Vonn.

Peluncur ski wanita ini telah menggunakan keju untuk mengurangkan bengkak pada bahagian kakinya beberapa minggu sebelum beliau beraksi untuk Sukan Olimpik musim sejuk 2010 di Vancouver.

Lindsey mendedahkan bahawa kawasan kakinya yang bengkak teruk telah dibalut dengan keju Austria. Menurut Lindsey, petugas terapi fizikalnya yang bertanggung jawab untuk melakukan teknik pelik itu.

“Dialah (petugas terapi fizikal) yang balut kaki saya dengan keju, dan walaupun ia kedengaran agak kelakar, namun ia nyata berkesan,” kata Lindsey.

Lindsey Vonn – 20.02.2010 – Super G – Jeux Olympiques de Vancouver , (Photo : Stephanie Lamy/ Icon Sport via Getty Images)

 

Teknik rawatan itu nyata membuahkan hasil apabila bengkak Lindsey surut dalam masa beberapa minggu sahaja sebelum beliau memenangi pingat emas sukan Olimpik bagi acara downhill.

Adakah bukti saintifik yang menyokong method pelik ini?

UNSPECIFIED – JUNE 06: Close-up of cheese (Queijo Serpa) and tomatoes (Photo by DEA / G.CIGOLINI/De Agostini/Getty Images)

Sehinggalah pada tahun 2017, keajaiban keju ini akhirnya disahkan oleh sekumpulan pengkaji dari Korea University setelah melakukan kajian terperinci kepada keju Swiss.

Menurut kertas kajian mereka, terdapat probiotic yang dikenali sebagai propionibacterium freudenreichii yang boleh memanjangkan umur anda dan ia hanya boleh didapati dalam keju jenis Swiss.

Selepas memantau kesan probiotik tersebut keatas cacing, mereka mendapati bahawa bakteria baik ini membantu meningkatkan daya tahan tubuh (imuniti) dan terbukti mampu mengurangkan keradangan.

Lebih menarik, kajian yang dikeluarkan pada baru-baru ini juga mendapati bakteria yang sama mampu mencegah masalah keradangan teruk pada pada dinding dalam usus manusia (acute colitis). Hebat bukan?

Kini anda ada lebih sebab untuk menikmati keju, tapi jangan melebih-lebih pula ya! Anda perlu ingat bahawa kebanyakan keju mempunyai lepak tepu yang tinggi dan boleh menyebabkan masalah kesihatan jika dimakan secara berlebihan.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!