Kejohanan AFF B16: Malaysia Ke Separuh Akhir Jumpa Indonesia

Skuad Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16) berjaya melangkah ke separuh akhir Kejohanan AFF di Surabaya, Indonesia selepas menewaskan Laos, 1-0 hasil daripada jaringan sendiri pemain lawan, Anantaza pada minit ke 4.

Kemenangan itu bermakna skuad muda negara menduduki tangga kedua dalam kumpulan B dengan 9 mata setelah mencatat 3 kemenangan dan 1 kekalahan serta dijadualkan bertemu pasukan tuan rumah, Indonesia di separuh akhir pada 9 Ogos ini di Stadium Delta Sidoarjo.

Sebelum ini, skuad kendalian Raja Azlan itu menewaskan Singapura 4-0 di Stadium Gelora Joko Samudro. Mereka juga menewaskan Brunei 6-1 bagi mencipta kebangkitan susulan kekalahan di tangan Thailand 1-2 pada aksi pembukaan.

Raja Azlan berkata, anak buahnya banyak belajar daripada kesilapan ketika bertemu Thailand.

“Menentang Singapura, kami mengawal sepenuhnya permainan. Pemain juga mengikut segala taktikal yang diarahkan jadi ini adalah persiapan terbaik sebelum berdepan Laos,” katanya.

Menurut rekod kejohanan, Malaysia pernah muncul juara pada tahun 2013 dan meraih tempat ketiga pada tahun 2008. Malah, skuad muda negara meraih tempat ke 4 dalam kejohanan ini sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 2002, 2005 dan 2017.

Jika berjaya ke final, mereka berpeluang mengulangi pencapaian skuad ‘abang’ (B-19) yang menjuarai Kejohanan AFF B-19 setelah menewaskan Myanmar 4-3 pada bulan lepas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN