Kejohanan AFF B-19: Gol Minit Akhir Nik Akif Julang Malaysia Selaku Juara Di Gelora Delta

Perlawanan akhir Kejohanan AFF B-19 adalah antara perlawanan yang menjadi tumpuan penyokong bola sepak tanah air pada malam ini.

Menang ke atas Indonesia melalui penentuan sepakan penalti, skuad muda negara dianggap mempunyai peluang cerah menamatkan badi tewas di perlawanan akhir di lima edisi kejohanan sebelum ini.

Cabaran Myanmar juga tidak seharusnya dipandang sebelah mata oleh anak buah Bojan Hodak.

Thailand menjadi mangsa mereka di separuh akhir, dan kemenangan 1-0 yang dicapai oleh Malaysia menentang lawan mereka itu di peringkat kumpulan, adalah indikasi perlawanan akhir ini akan berlangsung dengan sengit.

Skuad muda negara bermula garang apabila mendahului seawal minit ke-3 melalui Awang Faiz. Terus mendominasi perlawanan, Nik Akif menjaringkan gol kedua buat skuad negara untuk mendahului 2-0.

Apa yang terjadi selepas itu, hanya kem muda negara yang mempunyai penjelasan.

Myamar memulakan kebangkitan apabila menjaringkan gol pertama dalam perlawanan ini melalui Win Naing Tun pada minit ke-24 perlawanan.

Selang dua minit kemudian, Myanmar berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Myat Kaung Khant.

Skuad muda negara mulai kehilangan punca selepas itu, tatkala Myanmar mulai mendapatkan keyakinan.

Minit ke-31, Myanmar melengkapkan kebangkitan mereka apabila Myat Kaung Khant sekali lagi menjadi duri dalam daging anak buat Hodak, untuk mendahului pasukan negara 3-2.

Menariknya, gol tersebut hadir terus dari sepakan penjuru yang melencong masuk.

Babak kedua bermula, pasukan negara cuba memperkemaskan serangan, namun Myanmar tampil lebih berdisiplin.

Tatkala Malaysia cuba mencari ruang dalam usaha memburu gol penyamaan, Myanmar membalas ancaman melalui beberapa serangan balas pantas yang hampir membuahkan hasil.

Usaha Malaysia memburu gol penyamaan akhirnya berhasil selepas situasi kelam kabut hasil sepakan penjuru di hadapan gawang Myanmar pada minit ke-76 perlawanan melalui Shivan Pillay.

Nik Akif kemudiannya menjadi wira negara apabila jaringan minit akhir perlawanan melalui sepakan percuma mengesahkan kemenangan 4-3 Malaysia dalam perlawanan ini.

Tahniah skuad muda negara!

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN