Kejayaan Tak Hadir Serta Merta, Tetapi Ia Sedang Dicipta

Adakala peminat terlalu dimanjakan dengan siri kejayaan segera kerana mereka menganggap projek jangka masa panjang terlalu lama untuk membuahkan hasil sehingga akhirnya, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Begitulah jua situasi kini buat bola sepak Malaysia, apabila kebanyakan peminat terus menagih dan memberi komen menerusi media sosial dengan menganggap revolusi itu wajar dibuktikan pada kadar segera.

Seperti diketahui, Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim antara individu telah memberi pengaruh besar pada revolusi yang giat dijalankan kini buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Beberapa perubahan awal sudah dilakukan oleh baginda bersama pasukan tersendiri dengan FAM kini turut mengumumkan Peter Cklamovski serta Nafuzi Zain selaku jurulatih kebangsaan.

Malah, beberapa perubahan baharu juga semakin menghampiri termasuk memperkenalkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu FAM tidak lama lagi.

Semua usaha-usaha awal ini giat dilakukan oleh Tunku Ismail tanpa mengambil kira segala kritikan dan kecaman peminat buat baginda terdahulu hanya kerana dasar cintakan bola sepak kebangsaan.

Tetapi, masih ada peminat memandang rendah akan usaha tersebut dan mereka lebih rela menjadi mangsa kerakusan individu yang selesa di jawatan masing-masing sejak bertahun-tahun tanpa melihat jatuhnya maruah bola sepak Malaysia di pentas antarabangsa.

Malaysia sebenarnya bukan setakat memerlukan perubahan baharu dalam kalangan jurulatih atau pemain, sebaliknya kita dibayangi oleh mereka yang tidak tahu atau mengenali bola sepak dan berada di antara posisi tertinggi.

Sudah berapa juta dana kerajaan dan masa dihabiskan, tanpa kita melihat satu pencapaian yang wajar dibanggakan baik untuk skuad senior atau pembangunan Malaysia sejak bertahun-tahun lalu.

Bandingkan dengan apa Tunku Ismail lakukan bersama JDT

Sebaliknya, JDT kini terus melakar pelbagai kejayaan domestik serta antarabangsa selain empayar yang dicipta oleh Tunku Ismail juga kian meluas sejak awal penubuhan 2013.

Bandingkan siri kejayaan FAM dan JDT sejak 2013 lalu sehingga kini daripada segi pencapaian atau keberhasilan yang disaksikan sendiri peminat sebagai sebuah bukti.

Atas perbezaan jurang itu menyaksikan Tunku Ismail pernah melontarkan kritikan keras supaya beberapa perkara boleh diperbaiki untuk Malaysia kembali pada landasan terbaik di areka bola sepak.

Tetapi, kelantangan baginda juga suatu ketika terpaksa disekat selepas Tunku Ismail sendiri antara pernah menjadi mangsa denda FAM pada tahun 2013 lalu dan suara tersebut tidak pernah terhenti walau JDT kini jauh memacu bola sepak Malaysia di pentas antarabangsa.

Tunku Ismail kembali perkasa FAM

Sehingga kini, baginda kembali ‘campur tangan’ bersama bola sepak kebangsaan atas dasar tanggungjawab dan tidak rela melihat maruah bola sepak diinjak-injak saban tahun.

Pernah menjadi mangsa kritikan suatu ketika sewaktu menjawat sebagai Presiden FAM, ia tidak melemahkan Tunku Ismail kini untuk terus mencurahkan segalanya termasuk ‘mencuci’ kembali segala yang tidak diperlukan dalam organisasi tersebut.

Selain kejayaan pasukan senior negara, sudah tentu pembangunan di pentas akar umbi turut menjadi persoalan peminat jika ia mampu kembali diperbaiki daripada pelbagai aspek pada masa hadapan.

Kepakaran Akademi JDT bakal dirasai semua

Melihat kepada trend kejayaan JDT yang mengungguli pelbagai kejohanan serta meraih kemenangan bagi pelbagai kategori hasil daripada kejayaan akademi mereka memang wajar memperoleh pujian ramai.

Tatkala kebanyakan pasukan hanya bertumpu kepada pasukan utama sahaja, tetapi Tunku Ismail sangat menjaga dan mengambil berat perkembangan dan kemajuan Akademi JDT.

Sehingga kini, ramai pemain muda mendapat peluang bersama pasukan utama dan ada yang turut dipanggil bersama kem Harimau Malaya untuk menyertai pemain senior lain.

Walaupun pemain warisan atau naturalisasi menjadi antara nadi utama skuad kebangsaan, ia sebenarnya bersikap hanya untuk sementara.

Ini bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti pemain tempatan selepas ini di pentas akar umbi sebelum mereka memiliki kualiti menyakinkan.

Lihat sahaja di mana Arif aiman pada 2-3 tahun lepas, dan bandingkan kualiti beliau sekarang yang jauh berbeza. Ini kerana beliau dikelilingi rakan sepasukan yang sangat berkualiti. Begitu juga Feroz Baharudin, Nazmi Faiz Mansor, Shahrul Saad, Syihan, dan ramai lagi.

Berapa ramai pemain muda yang pada awalnya menyerlah tetapi tenggelam kerana tidak mendapat panduan serta asuhan yang tepat sehingga bakat itu musnah dan hilang begitu sahaja.

Berbanding Arif, beliau bermula sebagai seorang pemain muda yang berbakat pada 2-3 tahun lepas sebelum kini pemain itu menjadi satu-satunya anak watan Malaysia yang bersinar pada pentas AFC Champions League Elite (ACLE).

Semua ini terhasil menerusi pembentukan karakter Tunku Ismail buat JDT dalam memastikan setiap pemain tempatan itu terus menampilka mentaliti berdaya saing, meski pun dikelilingi ramai import serta warisan.

Maka kehadiran pemain warisan dan naturalisasi kini tetap diperlukan untuk membentuk kekuatan semasa serta mentaliti anak tempatan yang mempunyai jiwa serta semangat tinggi seperti Arif Aiman pada masa hadapan.

Pada satu tahap, Malaysia sendiri juga mungkin tidak memerlukan lagi sumbangan luar kerana mereka sudah mampu menghasilkan sendiri bakat tempatan berkualiti tinggi untuk menjadi tunjang utama Harimau Malaya.

Kejayaan Tak Hadir Serta Merta, Tetapi Ia Sedang Dicipta

Kembali pada tajuk utama pada akhirnya, kejayaan yang dicipta Tunku Ismail kini tak akan hadir dan dirasai serta merta kerana ia sedang dicipta demi sebuah legasi masa hadapan.

Andai suatu masa kita berada di puncak, Tunku Ismail mungkin akan berundur dan kembali bersama kelab sepenuh masa sambil tersenyum melihat legasi ditinggalkan baginda berjaya.

Malah, tangan-tangan baharu yang hadir selepas ini juga mungkin tidak perlu bersusah payah kerana mereka hanya perlu meneruskan acuan ditinggalkan baginda buat Harimau Malaya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN