Untuk sesebuah pasukan memilki stadium sendiri bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan kewangan yang kukuh disebabkan kos pembinaannya yang tinggi. Malah kos untuk menyelenggara juga perlu diambil kira kerana ia melibatkan penjagaan padang, lampu limpah serta kemudahan-kemudahan lain.
Dalam konteks di Malaysia, kebanyakan pasukan bola sepak di negara ini hanya menyewa stadium-stadium yang dimiliki oleh kerajaan negeri mahupun kerajaan tempatan atau pihak berkuasa tempatan.
Berbeza dengan pasukan gergasi negara, Johor Darul Ta’zim (JDT), pasukan ini telah pun merasmikan stadium baharu mereka iaitu Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor dan ianya merupakan stadium bola sepak yang dibina tanpa trek balapan dan mampu memuatkan sehingga 35,000 orang penonton pada satu-satu masa.
Stadium Sultan Ibrahim Dirasmikan Penuh Gilang-Gemilang https://t.co/4LfrdB9Gpt pic.twitter.com/SfcUl92EjV
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) February 22, 2020
Ia menjadikan Stadium Sultan Ibrahim adalah stadium tanpa trek kedua yang dibina di Malaysia selepas Stadium Tun Abdul Razak yang terletak di Pusat Bandar Jengka, Pahang yang telah mula digunakan oleh pasukan Felda United sejak 2015.
Selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Ibni Sultan Ibrahim mengambil alih Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), pihak Perbadanan Stadium Johor telah menyerahkan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin dengan hak milik penuh kepada PBNJ pada 2013.
Ini bermaksud, JDT telah pun memiliki stadium sendiri sebelum ini dan ia diikuti pula oleh Felda United pada 2015.
Tun Abdul Razak Stadium in Malaysia , perfect template for a football stadium in India. 25K seater, spectator friendly and compact. pic.twitter.com/pHvnuU6Ku8
— FootballWalla (@FootballWalla) April 17, 2019
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang hadir dalam majlis perasmian yang disempurnakan oleh Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengucapkan tahniah kepada JDT di atas usaha untuk memartabatkan sukan bola sepak negara.
“Kami di FAM berbesar hati menerima jemputan menyaksikan hari bersejarah JDT dan amat berharap selepas Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Tun Abdul Razak, akan ada lebih banyak stadium bola sepak yang dibina dan dimiliki oleh kelab bola sepak itu sendiri pada masa akan datang.
“Dengan fasilitinya dan kemudahan yang ada, pastinya stadium ini menjadi mercu tanda JDT malah usaha ini mampu melonjakkan pembangunan bola sepak tempatan serta negara.
.@OfficialJohor Sultan Ibrahim Stadium Opening.
💯@FOXSportsAsia pic.twitter.com/cbrVAW9uEq
— Aun Rahman (@aunrrahman) February 23, 2020
“FAM mengucapkan ribuan terima kasih di bawah jemputan dan sekalung tahniah kepada JDT dan JOHOR Southern Tigers atas perasmian stadium baharu, Stadium Sultan Ibrahim,” katanya dalam siaran media FAM.
Aksi pertama di Stadium Sultan Ibrahim adalah perlawanan Piala Sumbangsih menentang juara Piala FA 2019, Kedah pada 28 Februari ini dan semua perlawanan peringkat domestik akan berlangsung di venue baharu itu.
Namun perlawanan bagi kempen Liga juara-Juara Asia (ACL) berkemungkinan tidak akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim kerana memerlukan pemeriksaan menyeluruh oleh pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang mengambil masa beberapa bulan sebelum diluluskan.
Pembukaan rasmi Stadium Sultan Ibrahim was lit! 🔥🔴🔵
Walaupun kami tak berkesempatan untuk ke sana, tapi boleh rasa suasana stadium yang memang gah. 🔝 Tak sabar nak tengok #CIMBPialaSumbangsih2020, first match dekat stadium ni! 🏟 💥 #LigaMalaysia2020 #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/GgoctmoqzB
— Team Malaysia (@TeamMsia) February 23, 2020
Pembukaan rasmi ‘Home of the Southern Tigers’ itu merupakan aset terbaharu JDT yang tentunya menjadi kebanggaan kelab dibawah kepimpinan TMJ.
“Reka bentuk Stadium Sultan Ibrahim yang dibangunkan oleh Forest City itu mampu memuatkan kapasiti maksimum sehingga 40,000 penonton selain memiliki kemudahan padang rumput semula jadi (Zeon Zoysia) yang mencapai standard Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), sistem pencahayaan moden, sistem bunyi dan kemudahan penyiaran.
“Projek ini bukan hanya melibatkan pembinaan stadium sahaja tetapi juga pelbagai aspek pembangunan yang lain termasuklah Ibu pejabat Johor Darul Ta’zim, pusat latihan dan kedai cenderamata. Pastinya stadium baharu ini bakal menjadi satu mercu tanda Johor.”
Kredit Foto: FAM