Kejayaan Croatia Di Final Piala Dunia 2018 Jadi Inspirasi Buat Ivan Mamut

Penyerang import Terengganu, Ivan Mamut ketika ini mengakui beliau langsung tidak gentar untuk menghadapi aksi final Piala Malaysia 2023 berdepan cabaran getir daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Terdahulu, Mamut menjadi antara pemain import paling menonjol dalam memastikan Sang Penyu menempah slot untuk ke pentas akhir Piala Malaysia yang bakal berlangsung Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Musim pertama Mamut di Malaysia pada awalnya dilihat tidak begitu berjalan lancar, selepas penyerang tersebut dianggap lambat menyesuaikan diri bersama Sang Penyu dalam perlawanan dihadapi.

Walaupun begitu, Mamut jelas tidak berputus asa dengan siri kebangkitan dilakar penyerang ini menerusi kualiti penyudah beliau yang sangat berbisa di hadapan gawang gol.

Untuk saingan Piala Malaysia sahaja, Mamut sudah pun mencatat satu jaringan hatrik serta memberi impak cukup besar menerusi ketajaman beliau ketika berhadapan pasukan lawan.

Melihat kepada aksi final malam ini, Mamut melihat kejayaan negara beliau iaitu Croatia yang berjaya melayakkan diri ke pentas Akhir Piala Dunia 2018 serta tempat ketiga bagi saingan sama musim 2022 sebagai inspirasi buat beliau sendiri.

“Pengalaman beraksi di kelab Romania sebelum ini selain hampir ‘masak’ dengan corak permainan pasukan dalam saingan Liga M biarpun baharu hampir setahun mampu memberi tonik berharga buat saya.

“Kejayaan skuad kebangsaan Croatia di dua pentas Piala Dunia yang dilihat pasukan kerdil tapi berjaya menempatkan dalam kelompok empat pasukan terbaik dunia ketika itu turut menambah lagi keyakinan saya berdepan JDT.

“Saya juga turut mengintai peluang penjaring terbanyak Piala Malaysia walaupun kini ketinggalan dua gol di belakang penyerang JDT,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Rekod semasa Mamut kini di pentas Piala Malaysia menyaksikan penyerang tersebut sudah pun meledak lapan gol secara keseluruhan dan berpeluang untuk menambah jaringan itu pada malam ini.

Mamut juga masih lagi mempunyai ruang untuk memintas rekod semasa penyerang JDT, Bergson da Silva yang kini unggul menerusi 10 jaringan peribadi.

Selain Mamut, Terengganu juga turut dibarisi pemain serangan handalan lain seperti Adisak Kraisorn, Sony Norde, serta Nurillo Tukhtasinov untuk dibawa turun berhadapan JDT malam ini.

Apapun, jangkaan perlawanan ini pastinya sengit kerana prestasi semasa kedua pasukan berada dalam keadaan terbaik untuk tampil memberi corak permainan bermutu tinggi di pentas akhir.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN