Keisuke Honda Diumumkan Sebagai Ketua Jurulatih & Pengurus Skuad Kebangsaan Kemboja

Keisuke Honda yang baru sahaja mengesahkan akan beraksi di A-League bersama Melbourne Victory, kini diumumkan sebagai pengurus, merangkap ketua jurulatih skuad kebangsaan Kemboja.

Dalam satu kenyataan, Melbourne Victory pantas memberi jaminan kepada penyokong bahawa bintang Piala Dunia mereka itu tidak akan terlepas aksi liga disebabkan komitmen barunya itu.

Honda dikatakan hanya akan menyertai skuad kebangsaan Kemboja ketika liga berehat untuk memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa seperti mana yang terdapat di dalam kalendar FIFA.

Honda diumumkan kepada peranan baharunya itu sebentar tadi di Phnom Penh.

Bintang Piala Dunia Jepun itu dijangka akan memimpin Kemboja di Piala AFF Suzuki yang akan berlangsung mulai 8 November hadapan.

Bagaimana beliau akan melakukan tugasannya kerana pasti akan sentiasa berada di Australia tidaklah diketahui.

Namun A-League.com melaporkan Honda akan menggunakan kemudahan panggilan video untuk berhubung dengan pasukan dan kakitangan di Asia Tenggara.

Piala AFF

Kemboja diundi bersama dengan Malaysia, Myanmar, Vietnam dan Laos di pertandingan Piala AFF Suzuki.

Honda memiliki pengalaman beraksi di peringkat tertinggi, dan telah menyertai beberapa kelab utama di Eropah dan Asia.

Antara pasukan yang pernah diwakili oleh Honda ialah AC Milan, CSKA Moscow dan juga Nagoya Grampus Eight di Liga J, Jepun.

Ini bukan pertama kali Honda menjalinkan kerjasama dengan Kemboja di dalam bola sepak.

Pada 2016, pemain tersebut turut menubuhkan sebuah akademi bola sepak yang berpusat di Phnom Penh.

Perlantikan Honda juga merupakan sebahagian dari perancangan negara tersebut mengungguli acara bola sepak ketika Kemboja bergelar tuan rumah pada 2023.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN