Keinginan Kobe Chong Untuk Beraksi Di Liga M Dianggap ‘Downgrade’ Dalam Kalangan Peminat

Pemain warisan Malaysia, Kobe Chong dilaporkan berminat untuk menyertai saingan Liga Malaysia (Liga M), selepas beliau memulakan karier di Eropah sebelum itu bersama beberapa kelab.

Ianya dilaporkan sendiri oleh Zulhelmi Zainal Azam yang merupakan wartawan Astro Arena di media sosial X dengan menyatakan Kobe sedia membuat rundingan bersama beberapa kelab tempatan selepas ini.

“Kobe Chong berminat untuk beraksi dalam Liga Super. Tiba di Kuala Lumpur semalam, pemain warisan negara itu difahamkan bakal melakukan rundingan dengan beberapa kelab menjelang jendela kedua perpindahan pemain Liga Malaysia, Ogos ini,” jelas kenyataan tersebut.

Nama Kobe bukan lagi suatu yang asing dalam kalangan peminat bola sepak Harimau Malaya selepas beliau dikatakan bakal menyarung jersi kebangsaan tidak lama lagi.

Berbekalkan pengalaman beraksi di England sebelum ini, ramai mengharapkan kelebihan beliau dapat digunakan sebaik mungkin untuk memperkukuhkan jentera skuad kebangsaan di posisi tengah.

Apatah lagi, rekod menyaksikan pemain itu sudah pun meledak beberapa gol ketika beraksi dalam kejohanan di luar negara yang dianggap sangat positif dalam kalangan peminat.

Walaupun begitu, niat Kobe untuk menyarung jersi kelab tempatan di Malaysia kini dianggap kurang menyenangkan dalam kalangan penyokong kerana jangkaan tinggi sudah diletakkan buat beliau sebelum itu untuk terus kekal di Eropah.

Malah, segelintir daripada peminat turut menganggap kebanyakan kelab di Liga M kini menghadapi isu gaji dan bakal memberi risiko buat Kobe sendiri.

“Aduyai dah kenapa la nk main kat Malaysia Kobe oii. Kalau nak main sangat kat Liga M ni, antara 2 je. Sama ada JDT atau Selangor tapi macam berat ke JDT ni sebab JDT je yang biasa tarik player-player warisan dari oversea masuk ke sini. Tapi masuk ke Selangor pun ok jugak, main ACL2 nanti,” ulas Akram Banjariy.

“Tak nak cuba main kat kelab Thailand ke? At least ada saingan sikit, (sekadar pandangan sahaja),” cadang ImJohsel18 pula.

“Main jelah Liga luar tu. Downgrade main sini buat apa. Sangkut gaji nanti,” nasihat Darwin Hakim kepada Kobe mengenai perjalanan karier baharu beliau di Malaysia nanti.

Pada masa sama, ada beranggapan kehadiran Kobe di saingan Liga M sebenarnya lebih mencerahkan peluang buat beliau selepas ini untuk mewakili Harimau Malaya suatu hari nanti.

Pada pandangan kami pula, lebih baik Kobe membuat rundingan dengan lebih baik bersama kelab-kelab tempatan di sini dengan mengambil isu kesesuaian daripada segi corak permainan, peluang di kesebelasan utama, serta tiada sebarang isu gaji.

Anda pula bagaimana?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN