“Kehilangan Zubir Azmi Dirasai” – Rezal Zambery Yahya

Rezal Zambery Yahya selaku pengendali utama Kelantan memberi khabar duka buat para penyokong mereka apabila pemain tonggak pertahanan, Zubir Azmi sah tidak akan beraksi awal musim ini disebabkan mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament ( ACL) selama enam bulan.

Menurut Rezal, jelas kehilangan bekas tonggak pertahanan negara itu amat dirasai ketika pasukan dilihat sudah bersiap sedia untuk mencabar kejuaraan Liga Premier pada musim ini dengan persiapan yang sangat rapi.

“Zubir belum berkesempatan beraksi lagi sepanjang musim ini selepas mengalami kecederaan pada sesi latihan.

“Kehilangannya pasti dirasai kerana dia antara pemain penting dalam pasukan tetapi saya harap dia sempat pulih untuk beraksi di penghujung musim ini.

“Buat masa ini, tanggungjawab ketua pasukan saya serahkan kepada seorang lagi pemain pertahanan, Yusri Yushamadi, ” katanya menerusi Harian Metro.

Menurut kenyataan sebelum ini, Kelantan telah menyasarkan diri mereka untuk kembali layak ke saingan Liga Super musim hadapan dan wajib untuk muncul juara Liga Premier musim ini atau sekurangnya berada di tangga kedua carta liga agar mampu kembali beraksi di kejuaraan tertinggi di Malaysia.

Untuk mencabar sasaran tersebut, Kelantan dilihat telah membuat persiapan yang rapi dengan menandatangani beberapa pemain tempatan berpengalaman seperti Osman Yusof, Khairul Helmi Johari, Farhan Roslan serta Zubir Azmi yang diharap mampu membimbing pemain muda kelab itu untuk memberi aksi yang menyakinkan.

Selain itu, Kelantan juga telah menandatangani empat pemain import di bahagian serangan yang berkualiti iaitu Fadel Antar dari Lubnan, Nyxon Guylherme yang mewakili Brazil, Kerverns Belfort dari Haiti, serta Nathaneal Siringoringo dari Indonesia.

Pada ketika ini, Kelantan dilihat berada pada landasan yang tepat untuk mencapai sasaran mereka apabila memulakan langkah kanan dalam saingan Liga Premier setelah menewaskan Johor Darul Takzim II di perlawanan pertama liga.

Zubir Azmi menyertai Kelantan pada musim lalu dan menjadi sebagai antara tonggak utama yang berjaya memperkuatkan skuad kendalian Rezal bersaing di Liga Premier ketika itu.

Sebelum itu, Zubir juga pernah menyuarakan hasrat untuk bersara daripada dunia bola sepak sebelum dilamar skuad dari pantai timur itu sebagai salah satu pemain penting dalam menaikkan kembali mutu bola sepak pasukan itu agar kembali digeruni.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN