Manchester United berhadapan dengan Watford di Old Trafford dalam aksi EPL, perlawanan ke-27.
Bruno Fernandes berjaya menjaringkan satu gol dan mencipta dua peluang gol. Beliau turut berjaya mencetak satu assist kepada Anthony Martial.
Kecemerlangan Bruno Fernandes berjaya membantu melonjakkan Man United ke tangga kelima dalam Liga Perdana Inggeris.
Fernandes, pemain yang dibeli oleh Man United dengan nilai £47 juta pada Januari laluan.
Fernandes menyempurnakan penalti pada minit ke-42 selepas beliau sendiri yang dijatuhkan oleh Ben Foster.
Gol tersebut mengakhiri kemarau gol selama 236 minit di tempat sendiri.
Anthony Martial menjaringkan gol kedua pada minit ke-58 selepas menerima hantaran daripada Bruno Fernandes.
3⃣ games
3⃣ goals@AnthonyMartial is loving life right now! 😄 pic.twitter.com/7zPil9toNN— Manchester United (@ManUtd) February 23, 2020
Troy Deeney kemudian merapatkan jurang gol. Namun gol itu ditarik semula oleh VAR yang mendakwa Will Hughes Handball.
Pemain berusia 18 tahun Man United, Mason Greenwood kemudian menambah satu lagi gol untuk memastikan United selesa dengan 3 gol di hadapan.
Ini adalah gol ke-11 beliau pada musim ini, menjadikan beliau pemain remaja pertama menjaringkan 11 gol pada musim 2019/20.
Fernandes memberitahu BBC selepas tamat perlawanan: “Ianya adalah impian menjadi kenyataan untuk skor di Old Trafford.”
“Saya sangat bernasib baik kerana berjaya menjaringkan gol di sini.”
“Semua orang tahu kami mahu berada di Liga Juara Juara Eropah pada musim hadapan.”
“Saya datang ke sini untuk membantu pasukan ini menguasai tempat ini dan teruskan momentum kemenangan. Ini yang saya mahu lakukan dan ini yang saya harus buat.”
Man United berjaya mencetak kemenangan ketiga berturut turut termasuk menewaskan Chelsea di Stamford Bridge.
Bruno Fernandes berjaya memenangi hati penyokong Man United dengan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.
The Stretford End love watching @B_Fernandes8! 🗣️
Our Portuguese magnifico is today's #MUFC Man of the Match with 81% of the votes 👏 pic.twitter.com/dVaakhzAZx
— Manchester United (@ManUtd) February 23, 2020