Kehadiran Penyokong JDT Di Larkin Pamer Peningkatan

Jumlah penyokong yang hadir untuk menyaksikan perlawanan membabitkan JDT di saingan Piala Malaysia pada musim ini semakin meningkat dari perlawanan ke perlawanan.

Selepas hanya 5,860 penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan pertama membabitkan JDT menentang UiTM FC pada 2 Ogos lalu, dua lagi perlawanan Piala Malaysia menentang PJ City FC dan PKNP FC mempamerkan peningkatan positif.

Selepas perlawanan menentang UiTM FC pada awal Ogos, timbul tanda tanya mengenai minat penyokong JDT dan di seluruh negara amnya selepas merekodkan kehadiran yang amat rendah – walaupun skuad Harimau Selatan segar dari kejayaan menjulang kejuaraan Liga Super ke-6 berturut-turut.

Sejak daripada itu, beberapa langkah pro aktif telah diambil sendiri oleh pemilik kelab, DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor(TMJ) apabila baginda bersemuka sendiri dengan penyokong.

Nyata langkah itu berjaya memberikan kesan positif apabila dua perlawanan berikutnya di Larkin menunjukkan peningkatan. Dalam perlawanan menentang PJ City FC misalnya, 6,318 kehadiran direkodkan. 8,460 kehadiran direkodkan dalam perlawanan ketika JDT membelasah PKNP FC 5-0 pada Jumaat lalu.

Kehadiran tinggi di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos pada musim ini ialah pada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Perak, apabila 22,150 kehadiran direkodkan.

Beberapa venue di seluruh negara turut merekodkan kehadiran yang baik dengan Pulau Pinang dan Terengganu FC masing-masing merekodkan kehadiran yang agak konsisten dalam beberapa perlawanan lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN