“Kehadiran Penaja Jadi Signifikasi Penting Industri Bola Sepak Tempatan” – Stuart Ramalingam

Beberapa syarikat terkemuka bakal diumumkan kelak oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selaku rakan penaja baharu bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang bakal membuka tirai kejohanan menjelang esok.

Hal itu dinyatakan sendiri oleh Stuart Ramalingam selaku Ketua Pegawai Eksekutif MFL dengan kehadiran penaja lama dan baharu itu mampu memberikan satu isyarat yang cukup baik buat industri bola sepak tempatan yang dilihat amat terkesan akibat penularan wabak Covid-19 sejak tahun 2020 lalu.

Tambah beliau, MFL turut membuat beberapa perubahan format sepak mula pertandingan di mana pada musim ini sepak mula bagi Liga Super dan Liga Premier bakal bermula tiga waktu berbeza iaitu jam 7:30 petang, 8:15 malam, dan 9 malam demi merancakkan lagi saingan selain bakal meningkatkan nilai komersial liga tahun ini.

“Pertama saya ingin mengucapkan selamat datang kepada penaja-penaja termasuk lama dan baharu. Sekali lagi saya ingin mengucapkan selamat datang unifi, Active Sports, Luno, Pos Malaysia, Proviton STR dan Uphamol dalam Liga Malaysia.

“Kehadiran penaja-penaja ini menjadi satu signifikasi yang sangat penting kepada industri bola tempatan Malaysia kerana kita semua mengetahui setiap pihak memainkan peranan cukup penting dalam komersialkan nilai Liga Malaysia.

“Malah, ada beberapa penaja baharu akan datang menyertai Liga Malaysia 2022 selepas ini. Sama-sama kita nantikan siapakah penaja baharu yang dimaksudkan nanti.

“Suka diumumkan juga bahawa musim ini kita mempunyai tiga format sepak mula berbeza dan sudah pasti format baharu sepak mula Liga Malaysia ini bakal memberikan manfaat bukan sahaja kepada penaja-penaja kami sebaliknya seluruh penyokong tempatan untuk menikmati perlawanan dengan waktu yang berbeza,” katanya menerusi Harian Metro hari semalam.

Dalam masa sama, Stuart juga turut memberi pengesahan buat para penyokong yang bakal disajikan dengan siaran langsung semua perlawanan Liga Premier musim ini menerusi platform media sosial, YouTube MFL.

Jelas CEO badan pengelola liga Malaysia tersebut, semua siaran langsung Liga Super musim ini bakal diteruskan melalui platform rasmi unifi di saluran unifi Sports dan platform media sosial rasmi YouTube unifi.

“Demi kepuasan penyokong, MFL sedang berusaha mengelak isu teknikal stadium untuk menyiarkan siaran langsung semua 90 perlawanan Liga Perdana. Jika segala berjalan lancar MFL akan menyiarkan 90 perlawanan itu bagi memastikan kemeriahan Liga M dapat dinikmati semua penyokong,” katanya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN